14 Rabiul Awal 1432H.
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 16 Feb: Tuduhan kononnya Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melindungi premis maksiat termasuk sarang pelacuran oleh media masa termasuk blog peribadi pihak tertentu bertujuan untuk memburukkan imej Pihak Berkuasa Tempatan.
Ianya juga bertujuan untuk memburukkan imej kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehingga mendakwa MPKB-BRI bersekongkol dengan pihak yang tidak bermoral itu.
Ketua Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Ustaz Ropein Hassan, berkata pihaknya mengadakan operasi hampir setiap malam khususnya di kawasan yang disyaki berlakunya perkara terbabit.
Menurutnya, bukan itu sahaja pihaknya turut mengadakan operasi bersepadu dengan Jabatan Halehwal Agama Islam, Imigresen dan polis bila difikirkan perlu.
“Jadi tidak timbul pihak MPKB hanya berdiam diri apa lagi bersekongkol kerana kita sejak sekian lamanya mengadakan operasi demi operasi untuk menghalang tindakan ini termasuk penjualan toto sebagaimana yang didakwa.
“Apa yang dilaporkan oleh pihak media tidak benar sama sekali dan ianya bertujuan untuk memburukkan imej MPKB-BRI terutama kerajaan negeri sendiri,” ujarnya.
Pada masa yang sama, tambahnya pihaknya juga sedang mempergiatkan rondaan khususnya di premis perniagaan bagi memastikan peniaga wanita menutup aurat.
“Tindakan akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi syarat MPKB-BRI,” ujarnya ketika dihubungi. Harakahdaily/-

2 ulasan:
salam yb...
yang mereka kata ada lagi sarang perlacuran tu...betul ke?
memang ada di kota bharu. sebenarnya.. kota bharu is a great city for those who knows. bukan semua org tahu. pandai2 cari la bro. sedap juga kota bharu ni
Catat Ulasan