17 Februari 2011

Semoga Mahathir dapat hidayah

14 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat hidayah Allah SWT.

“Saya tidak berhasrat setakat ini untuk mengulas jawapan Tun Mahathir terhadap saya seperti yang tersiar di muka hadapan akhbar Utusan pada hari ini,” tulis beliau yang juga Menteri Besar Kelantan di laman Twitter.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahathir berkata, tujuan hidup Mursyidul Am PAS itu hanyalah untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam Umno, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.

‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.

‘‘Orang Umno beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli Umno dan ahli PAS juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian di dalam entri terbarunya bertajuk ‘Jawapan Kepada Nik Aziz’ di blognya http://chedet.co.cc/chedetblog hari ini.

“Cukuplah saya berkata, saya simpati dengan beliau, semoga beliau mendapat hidayah Allah SWT,” kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Harakahdaily/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

drp tongturbo,

semoga tun ikut jejak taib mahmud...nikah satu lagi...cari yg muda2...insyallah tun takkan ambil peduli hal politik...amin

Tanpa Nama berkata...

Amin....

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah semoga kau lakukan apa jua yang terbaik untuk manusia yang bernama Mahathir ini

Tanpa Nama berkata...

amin!!

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, dihari yang mulia dan penghulu segala hari pada hari ini, agar engkau rahmatkanlah mahathir bin kutty muhammad ini dengan hidayah semuga mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. semuga dengan hidayah Mu itu agar beliau tidak jadi nyanyuk, merapu, mericau dan lebih memahami tuntutan Islam dari tuntutan nafsu dan syaitan. Berikanlah ilmu islam kepadanya agar dia dapat membezakan yangmana malaikat dan syaitan, yangmana mukmin dan munafik, yangmana murtad dan islam, yangmana puak beriman dan taghut. Sesungguhnya beliau tidak memahami perkara-perkara yang membatalkan syahadah yang menyebabkan seseorang islam itu boleh jadi murtad atau KAFIR.

Ini lah kejayaan besar umno yang bertuhankan kebendaan hinggakan tidak mentarbiah pemimpin, ahli dan pengikutnya berhubungan dengan tauhid dan akhlak islam serta syarat sah batal iman. wallahualam.