14 Februari 2011

Mustapa baru sedar loteri, pelacur haram?

11 Rabiul Awal 1432 H.

KUALA LUMPUR, 14 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed kerana baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama.

“Apakah sejak Gelombang Merah dilancarkan beliau baru berjumpa dengan hukum loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama?” tanya Kertua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kenyataan Mustapa seolah-olah isu ini hendak dipolitikkan.

Tambahnya, jika benar ada kegiatan seperti begitu di Kota Bharu, Mustapa tidak boleh untuk berdiam diri.

“Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa.

“Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, tidak pernah berkompromi dalam soal ini. Jika terbukti, ada di kalangan ahli PAS yang bersetongkol dengan kegiatan ini, PAS akan mengambil tindakan,” tegasnya.

Katanya lagi, jika benar kenyataan Mustapa, secara tidak langsung beliau telah memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan, kerana tidak bertindak.

Jelasnya, mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang.

Beliau berkata, Mustapa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat dan bertindaklah segera, jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan.

Justeru, katanya PAS mengharapkan kesedaran Gelombang Merah, boleh juga menyedarkan Mustapa dan Datuk Dr Awang Adek bahawa kedua-dua perbuatan itu salah di sisi Islam.

Katanya, walaupun baru-baru ini kerajaan BN telah meluluskan judi bola sepak, akhirnya dibatalkan kerana bantahan daripada PAS dan Pakatan Rakyat serta pemimpin agama bukan Islam.

“Perkara yang sama bolehlah dibawa dalam kabinet 1Malaysia untuk diharamkan kegiatan judi dan perbuatan yang tidak bermoral di negeri-negeri yang Barisan Nasional perintah,” katanya.

Harakahdaily/-

4 ulasan:

fikrah islamiah berkata...

Tahniah Datuk Mustapa atas kesedaran itu. Semoga selepas itu semua negeri BN boleh dihapuskan semua yang haram. Tahniah juga buat kerajaan PR terutama Kelantan yang membiarkan media mendedahkan perkara yang haram itu. Mendedahkan ertinya telus, kalau menyembunyikan erti syubahat dengan dosa. Banyak menghukum orang salah tanda baik, tapi menutup dan menyembunyikan orang yang salah adalah salah.

Tanpa Nama berkata...

JKKP manalah repot perkara ini pada Stopa. Entah maklumat ini benar ke tidak. Apa pun Kerajaan Kelantan kena siasat juga, jangan jadi macam kerajaan BN, PDRM, SPRM dan sebagainya yang siasat kalau ada laporan, malah kalau ada laporan pun kadang-kadang tak disiasatnya.

Tanpa Nama berkata...

Tok Pa tersalah pilih tajuk kot?

Tanpa Nama berkata...

selama ni pun mana umno pernah kenal halal haram... semua diorang bedal je...tokpa sepatutnya pegi bagitau kat najib benda2 ni haram, bukannya asyik memekak menunjukkan kebodohan diri dia...