20 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penglibatan Tan Sri Rahim Tamby Chik dengan kontroversi video seks yang memaparkan individu kononnya pemimpin utama parti pembangkang kerana dendam kesumat.
Kata Ketua Pembangkang itu, terlibatnya Rahim mengingatkan beliau kepada kes lama iaitu dakwaan skandal seks bekas Ketua Menteri Malaka itu pada awal tahun 1990-an.
"Dia buat semua ini kerana membalas dendam," katanya selepas penangguhan prosiding kes liwat di sini, Khamis.
Rahim pada tahun 1994 meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO selepas didesak oleh Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.
Dalam Satu temu bual bersama portal berita pada tahun 1995, Rahim menyalahkan Anwar sebagai dalang kejatuhan karier politiknya.
Dalam pada itu, Anwar turut menuduh polis melindungi Rahim dan rakan-rakannya iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Semalam, trio yang dikenali sebagai 'Datuk T' itu membuatkan pengakuan bahawa mereka adalah dalang di sebalik pendedahan video seks berkenaan.
Tv Selangor/-

1 ulasan:
Melayu cukup pakar bab dendam ni. Macam perangai buaya. Bukan saja jadi buaya darat bahkan mengamalkan dendam sang buaya.
Kami pun tak kata Anwar Ibrahim tu maksum. Mana ada manusia sempurna... kecuali junjungan kita saja.
Sekurang2nya Anwar Ibrahim bangkit semula setelah menebus dosa2 dunianya dalam penjara 6 tahun dulu.
Kita ni sudahkah di uji setahap Anwar Ibrahim?? Di aibkan di pecat dari jawatan tertinggi, dipenjarakan di pukul dan di hina.
Sekurang2nya kalau ada dosa pun anggaplah dia sudah menerima balasan masa didunia lagi.
Nikmat bagi Anwar. Tiada sapa yang dapat menjangka sejauhmana Anwar dok build up jati diri dia masa dalam penjara dulu. Berat mata kita memandang matanya yang cengkung tak cukup tidur tapi berat lagi bahu dia yang memikul demi mengangkat nasib rakyat jelata.
Takat hampa nak pejatuh dia dengan sistem buaya darat ni...simpan je lah angan2 tu.Satu Malaysia hampeh!! Hampeh kelapo ado gak guno eh!
Tanpa Wan Azizah siapalah Anwar dan tanpa Anwar tak munkin kita bersatu hari ini.
Orang melayu memang payah nak terima kelebihan bangsa sendiri. P. Ramlee pun dah mati baru pakat nak bagi Tan Sri.
Sementara kita semua masih bernyawa...hargailah pengorbanan insan ini.
Undi tau!! Jangan tak mengundi. Rugi!
Catat Ulasan