25 Mac 2011

Lagi NGO kesal dengan video seks

20 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Sebuah NGO Islam, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) pula memandang berat tuduhan salahlaku seks terhadap ketua pembangkang dan mendedah penuduh kepada jenayah Qazaf.

Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad dalam kenyataannya berkata, isu yang ditimbulkan dan cara pendedahannya mencerminkan keaiban masyarakat negara ini.

"Ia menimbulkan persoalan sama ada masih wujud saluran amr makruf nahi mungkar. Ia bagaikan tidak mengutamakan pandangan agama, adab dan tata susila," kata beliau dalam kenyataannya itu.

Apa pun motif pendedahan ini, Ikram mengingatkan, dalam Islam, tuduhan melakukan zina memerlukan bukti dan persaksian yang kukuh dan kegagalan membawa saksi yang cukup mendedahkan penuduh kepada jenayah Qazaf.

Ikram juga, katanya, memandang berat perbuatan membuat, memperoleh, memiliki dan menayangkan video lucah.

"Ia merupakan satu jenayah menurut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Maruah semua yang terlibat dan berkaitan harus dijaga. Penuduh bertanggungjawab membuktikan tuduhannya, kata beliau.

Jika penyiasatan membawa kepada pendakwaan, tertuduh perlu diberi hak untuk membela diri.

"Kita perlu berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya (Innocent until proven guilty)," katanya.

Sehubungan itu, Ikram menggesa supaya:

1. Pihak Polis menjalankan penyiasatan yang rapi,

2. Institusi-institusi media rasmi dan persendirian menyebarkan maklumat-maklumat secara tepat, adil dan bertanggungjawab,

3. Masyarakat menghindar dari membuat sebarang tanggapan sehingga penyiasatan dan proses undang-undang (due proses) selesai,

4. Masyarakat berpegang teguh dengan adab dan akhlak yang mulia di dalam kehidupan.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

pisang kaki berkata...

malas nak komen dah bangsa asing pun tak buat fitnah yg amat dahsyat mcm ni mrk dah x nmpk dosa pahala krn wang riggit manusia lupa Tuhan...

PM SUAMISTERI YG TERAKHIR MEMERINTAH M'SIA berkata...

DI HARAP ANAK-ANAK MUDA YG LEBIH TAHU, SILA BERITAHU AYAH DAN MAK ANDA, TERUTAMA GOLONGAN TUA DI FELDA2, YG HANYA BACA UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, KOSMO, TENTANG KISAH SEBENAR ISU-ISU FITNAH REKAAN TERHADAP SAUDARA DS ANWAR IBRAHIM... TANGGUNGJAWAB TERLETAK PD ANAK-ANAK MUDA MENERANGKAN AKAN BETAPA BUSUKNYA ORG2 UMNO, KEJI DAN HINANYA PEMIMPIN2 MEREKA DLM MEMFITNAH DS ANWAR.
(DI HARAP SGT PAKATAN RAKYAT DPT MENGGERAKKAN ANAK-ANAK MUDA SUPAYA BERKEMPEN/MENERANGKAN KISAH SEBENAR KPD ORG2 TUA DI MANA SAHAJA)

ADAKAH KITA ORG2 MELAYU HANYA BERGELAK KETAWA SAHAJA DGN KISAH2 FITNAH TANPA INGIN MELAKUKAN SESUATU, SELAIN TIDAK BERSUBAHAT, KEPUTUSAN YG PALING TEPAT BAGI SEMUA RAKYAT IALAH DGN MEMBUANG /ME'NYAHKAN/MENGHAMBAT/ UMNO/BE END DAN MEMILIH PAKATAN UTK RAKYAT MEMERINTAH KERAJAAN MALAYSIA DLM PILIHANRAYA KE-13 NANTI.

GUNAKAN KEBIJAKSANAAN ANDA MENILAI MANA KERAJAAN YG MAKIN LAMA MAKIN TERUK DAN MELANGGAR UNDANG2 YG DI BUAT SENDIRI DGN SESUKA HATI SERTA TIDAK MEMPEDULIKAN HALAL HARAM, DAN TIDAK TAKUT KPD ALLAH, BERBANDING PEMIMPIN2 PR YG SENTIASA BERHATI-HATI DLM SEGALA TINDAKAN SUPAYA TIDAK MENGANIAYA RAKYAT, DAN BERUSAHA DR SEMASA KE SEMASA AGAR RAKYAT BANGGA DAN BERSYUKUR HIDUP DIMALAYSIA YG SEPATUTNYA KAYA RAYA INI...