24 Mac 2011

Eskay Adalah Pembohong, Kata Wan Azizah

19 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan sebagai pembohongan, dakwaan Datuk Shazryl Eskay bahawa Presiden PKR itu kononnya meminta beliau untuk salinan video seks fitnah membabitkan suaminya.

"Saya tidak pernah meminta dan tidak berniat untuk melihat video itu. Ianya haram," tegas Wan Azizah kepada pemberita di Kuala Lumpur. .

“Saya tahu video itu adalah satu pembohongan, jadi kenapa harus saya tengok benda fitnah,” tambah beliau.

Wan Azizah menyifatkan tindakan Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim menyebarkan video fitnah semata-,mata tujuan politik sebagai tidak bermoral.

Beliau menyeru mereka supaya menghentikan perbuatan itu dan bertaubat.

Semalam Eskay mendakwa kononnya beliau diminta oleh Wan Azizah untuk memberikan video itu bagi mengesahkan sama ada benar suaminya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel.

Namun, menurut Eskay, beliau tidak mahu menyerahkan video itu atau pun memberi satu salinan kepada Wan Azizah kerana bimbang ia akan “disalahguna.”

Alasan itu bagaimanapun dangkal kerana jika pun salinan itu disalahguna, Eskay mempunyai rakaman asal untuk membuktikan segala dakwaannya itu.

Tv Selangor/-

5 ulasan:

yes berkata...

Apa punya manusia si Eskay ni, berada dalam bilik bersama dengan orang yang melakukan maksiat. Persatuan Datok2 perlu ambil tindakan, menjatuh kan marwah kumpulan Datok2 sahaja. Mat rempit pun tak buat macam ni.
Orang Kedah kenalkah Eskay ni, siapa ibu bapa dia,siapa bini dia, siapa anak dia. Orang PKR tentu tahu sebab dia kata dia kawan baik DSAI.

yes berkata...

Satu Malaysia. Ha ha. Dulu India jadi pelakun video sex, kemudian China dan yang terakhir Melayu. Najib berjaya, ini betul betul satu Malaysia. MALAYSIA BOLEH. tAPI BOLEHKAH POLIS MENYELESAIKAN KES INI. KALAU TAK BOLEH KITA BUAT SLOGAN "MALAYSIA BOLEH, POLIS TAK BOLEH'

Tanpa Nama berkata...

aku rasa org yg mirip mcm DSAI tu sbenar nya Eskay jer tgk muka hampir same

Tanpa Nama berkata...

semua yg terlibat atau dalang dlm mencetuskan idea utk video seks ini mempunyai darjah kebesaran yg dikuniakan oleh banginda sultan atau yg di pertua negeri, sy sebagai rakyat malaysia berasa teramat malu dgn gelagat mrk ini, syg mrk mempunyai harta dan wang ringgit yg melimpah ruah tp miskin dan papa kedana dgn IMAN DAN ROH ISLAM smuga Allah memberikab petunjukNya kpd mrk. petunjuk Allah ada 2 cara, 1. si pelakunya sedar akan kesalashannya dan bertaubat NASUHA memohon keampunan Allah dan tidak akan melakukan perkara2 spt ini lg. 2. Allah swt menurunkan MUSIBAH KPD SI PELAKU TERSBT samada teruk atau tidak dan menarik kembali harta yg melimpah ruah tadi krn telah terkeluar dari jalan Allah dan terpulang kpd kebijaksaan Allah swt...bertaubat lah wahai manusia anda telah memalukan bangsa melayu dan agama ISLAM serta darjah kebesaran yg andfa terima...persatuan datuk2 x kan diam aje..Mat Rempit pun lebih mulia lagi jika dibandingkan dgn anda semua..kalau rakyat biasa menonton video lucah dah tentu kena tangkap dan penjara jika di hukum..

Tanpa Nama berkata...

no commet la,.buang masa aje,....nak sangat tengok blue 'macam anwar' atau 'memang anwar' bukan best sangat. Tak seksi langsung!! Lain la kalau si pelaku tu Sean Connery ke, Pierce Brosnan ke,..baru la seksi,..berbulu sana sini :)