21 Mac 2011

Kanak-Kanak Maut Kena Renjatan Elektrik Tiang Lampu

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak maut akibat terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang lampu jalan ketika dia sedang bermain di padang berhampiran rumahnya di Taman Batu 3, Shah Alam, petang semalam.

Mohd Marzuki Muda, 44, berkata kejadian berlaku semasa anaknya Muhammad Naquiddin, 11, dikatakan sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakanya di padang berhampiran.

"Tiba-tiba dalam pukul 6.50 petang, kawan-kawan Naqiuddin datang ke rumah beritahu yang anak saya terkena renjatan elektrik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini Ahad.

Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, Naqiuddin dilihat sudah tertiarap dengan sebelah kakinya melekat pada salah satu tiang lampu di padang itu.

"Kulitnya yang cerah juga sudah kelihatan gelap, saya cuba tolak kakinya dengan menggunakan kayu dan mengerak-gerakkan tubuhnya namun tiada tindak balas," katanya.

Marzuki berkata beliau kemudian membawa anaknya ke Hospital Pakar KPJ, Shah Alam untuk mendapatkan bantuan kecemasan, dan menurutnya semasa di hospital itu doktor cuba memberikan 'CPR' namun anaknya tidak dapat diselamatkan.

"Sebelum ini ada beberapa jiran beritahu terasa seperti ada tenaga elektrik semasa tiang itu disentuh, namun mereka tidak buat sebarang aduan," katanya.

mStar/-

2 ulasan:

otaklunyai berkata...

Masalah bahaya kejutan elektrik di tiang2 lampu awam ni hanya menunggu mangsa demi mangsa... memang banyak tiang2 lampu awam yg dalam keadaan bahaya, dengan kebel terdedah, pintu servis tiang yg tidak bertutup, pintu hilang dan berbagai masalah yg tidak diambil peduli oleh pihak2 yg bertanggung jawab. Lapuran2 yg dibuat terhadap bahaya ini hanya dibakul-sampahkan tanpa sebarang tindakan penyelesaian... bila dah ada yg menjadi mangsa baru lah nak sibuk... itulah m'sia... Cerita gah... ada angka-sawan... tapi perkara asas masih tak reti nak selesaikan sampai mengorbankan nyawa rakyat. Rakyat Didahulukan Untuk Maut...

akmal berkata...

semoga rohnya diccucuri rahmat...amin....