23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadual diadakan pada 5 April ini ditunda ke 12 April, kata Speaker Datuk R. Ganeson pada Isnin.
Beliau memberitahu bahawa notis mengenainya akan dihantar hari ini kepada semua wakil rakyat dan pegawai yang terlibat.
Notis mesyuarat pada 5 April itu telah dikeluarkan minggu lepas.
"Saya memutuskan persidangan kali ini dilewatkan tujuh hari dari tarikh asal," kata Ganeson.
Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang alasan mengenai keputusan itu.
mStar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan