28 Mac 2011

Raja Nazrin perkenan agenda Islam

23 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

IPOH, 28 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yang diberikan perkenan mengadap sekali lagi Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah semalam di Istana Raja Muda, di sini telah membincangkan agenda pembangunan Islam terutama di negeri ini.

Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, antara hasil perbincangan berkaitan tulis jawi yang telah dititahkan oleh Raja Dr Nazrin Shah baru-baru ini dan juga usaha menemukan antara Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Negeri Perak dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Al-Mursyidul Am PAS yang akan turut diperhalusi.

“DPPN Pk yakin perbincangan yang telah diadakan semasa majlis mengadap semalam akan membuahkan hasil bagi memastikan agenda Islam di Perak akan terus dipelihara dan berkembang dengan baik,” ujarnya.

DPPN Pk juga, katanya yakin penekanan Raja Dr Nazrin Shah terhadap perkembangan dan kemajuan aspek pendidikan Islam di Perak, terutama di peringkat pengajian tinggi juga akan diambil perhatian yang serius.

“Akhirnya, DPPN Pk merakamkan ucapan terima kasih di atas perkenan Raja Dr Nazrin Shah menerima rombongan DPPN Pk merafak sembah mengadap bagi tujuan tersebut,” ujarnya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: