30 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PARIT BUNTAR, 4 April : Ketua Penerangan PAS Perak , Drs. Khalil Idham Lim berkata ugutan BN terhadap rakyat Sarawak sudah bermula apabila Datuk Seri Mustapa Mohamed mengungkapkan “maka rakyat yang ruginya” jika tiada sokongan rakyat Sarawak terhadap BN pada pilihanraya 16 April ini.
“Saya ingin sebut bahawa ugutan sebegini tidak perlu dilayan kerana sebelum ini pun Sarawak telah ditipu untuk ke sekian kalinya oleh BN walaupun mereka berjanji untuk membantu seluruh rakyat Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini.
YB Khalil yang juga ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menjelas rekod tidak bersih BN di Sarawak selama ini sebagai penanda aras prestasi BN di Sarawak amat teruk dan situasi ini perlu wujud perubahan segera dengan memilih Pakatan Rakyat pada 16 April ini.
“Saya ulangi sekali lagi bahawa seluruh rakyat Sarawak perlu tumbangkan BN dan mereka (BN) perlu ditolak melalui kertas undi nanti,” jelasnya.
Tambahnya rakyat tidak perlu takut untuk berubah dan memilih Pakatan Rakyat , apagi melihat contoh negeri Kelantan sendiri sehingga sekarang tidak ada sebarang masalah walaupun BN memulau negeri tersebut.
“Kita boleh lihat sendiri sehingga sekarang tiada lagi rakyat Kelantan yang mati kebuluran walaupun tidak ada kerjasama baik antara kerajaan negeri dan persekutuan, di Sarawak BN cuma ingin mewujudkan perasaan takut terhadap rakyat untuk menjaga kepentingan elit BN untuk terus mengaut kekayaan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu beliau yang juga Adun Titi Serong Menjelaskan lagi bahawa BN tidak ikhlas terhadap rakyat dengan mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Ini ugutan, bukannya nasihat dan bantuan untuk menghilangkan beban rakyat, rakyat Sarawak perlu tolak kerajaan BN yang tidak ikhlas,” katanya.
“BN perlu dihukum diatas keangkuhan mereka ini, hukum mereka pada 16 April ini,” ujarnya lagi.
“Menyatakan ungkapan bahawa rakyat Sarawak bakal rugi jika tidak menyokong BN adalah ugutan yang tidak dapat diterima dalam suasana politik yang sihat apatah lagi apabila dikaitkan dengan slogan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh BN sendiri,” katanya ketika mengakhiri sesi temuramah.
Oleh : Hafizi Pauzi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan