29 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
JAKARTA: Anggota bomba Indonesia bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran di loji penapisan minyak terbesar negara itu ketika api merebak ke tangki simpanan ketiga.
Tiada yang cedera dalam kebakaran itu yang bermula di depot miliki syarikat petroleum negara itu, PERTAMINA, di Jawa Tengah. “Sebuah tangki simpanan terbakar dengan beberapa letupan kecil kedengaran semalam. Menjelang hari ini, api sudah merebak ke tangki ketiga. Kami mencuba sebaik mungkin bagi memadamkan kebakaran itu.
"Saya tidak boleh membuat spekulasi mengenai punca kebakaran itu pada masa ini. Kami hanya boleh menyiasat selepas kebakaran dipadamkan," kata jurucakap Polis Jawa Tengah, Djihartono. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan