03 April 2011
Sembelih enggang, lima askar digantung tugas
29 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Seorang pegawai dan empat anggota tentera lain-lain pangkat yang menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak baru-baru ini, dikenakan tindakan gantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semua yang terlibat itu juga akan dihadapkan ke mahkamah untuk didakwa di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.
"Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak enggang itu sehingga jatuh. Apabila melihat keadaan burung itu yang lemah (hampir mati), anggota-anggota tentera terbabit telah menyembelihnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kelab Anak Rantau di Bagan Datoh, di Shah Alam hari ini.
Ahmad Zahid berkata walaupun anggota tentera terbabit bukan pihak yang bertanggungjawab menembak burung enggang itu, mereka sepatutnya menyelamatkannya dan bukan bertindak menyembelih burung tersebut.
Sehubungan itu katanya, kementerian tersebut terpaksa mengambil tindakan disiplin ke atas semua anggota tentera terbabit.
Akhbar sebelum ini menyiarkan berita bergambar menunjukkan beberapa anggota tentera sedang memegang seekor burung enggang yang telah disembelih dan gambar itu tersebar di beberapa laman web.
Perbuatan itu mendapat bantahan orang ramai termasuk Persatuan Pencinta Alam.
Komen :
Saya rasa terpanggil untuk memberi sedikt ulasan dalam isu ini.
Tindakan yang diberikan terhadap mereka berempat adalah wajar dalam skop undang-undang yang masih ada.
Namun rakyat Malaysia jangan tertipu dengan banyak kes lagi yang memerlukan ketegasan pihah menteri yang berkenaan. Nampaknya kes ini semacam untuk mengalih pandangan rakyat dan meredakan ketegangan kepada usaha BN yang gagal memerangkap DS. Anwar dengan video palsu.
Lakonan menteri BN saya harap sudah difahami oleh rakyat malaysia yang tidak sabar lagi menghukum mereka dalam PRU ke 13 akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Jika burung enggang tersebut sudah dicederakan oleh tembakan pemburu lain ("keadaan burung itu yang lemah (hampir mati") barangkali tindakan terbaik bagi 5 anggota tentera tersebut adalah apa yang telah mereka lakukan, iaitu menyembelihnya.
kes burung kecoh...bunuh antatuya macamana???
saya sokong pandangan mus..
Catat Ulasan