03 April 2011

Taib Mahmud pertahan kerusi Balingian

29 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan mempertahan kerusi N.51 Balingian pada pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini.

Turut mempertahan kerusi masing-masing ialah tiga pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak iaitu Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri George Chan Hong Nam ( N.63 Piasau); Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom (N.41 Pakan) dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing (N.56 Baleh). Antara pemimpin lain yang akan bertanding semula ialah Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, di kerusi N.71 Bukit Sari dan bekas Menteri Persekutuan, Tan Sri Adenan Satem, di kerusi N.03 Tanjung Datu. Senarai calon BN itu diumumkan Adenan selepas mesyuarat parti komponen BN Sarawak di Ibu Pejabat PBB di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, calon bagi kerusi N.70 Ba'kelalan tidak diumumkan.

Mengikut kesepakatan BN Sarawak, PBB akan bertanding di 45 kerusi, SUPP (19), PRS (9) dan SPDP (8).

Daripada calon BN itu, 20 adalah muka baru membabitkan PBB (10), SUPP (7), PRS (2), SPDP (1).

Tiada ulasan: