AKTRES popular Hollywood, Lindsay Lohan, 24, tiba di Mahkamah Los Angeles, hari ini sebelum dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan khidmat sosial selepas didapati bersalah mengingkari hukuman memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu. Lohan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri rantai bernilai AS$2,500 di kawasan kediamannya di Venice Beach. - Foto Reuters
19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
LOS ANGELES: Aktres Hollywood, Lindsay Lohan hari ini dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan kerja sosial selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Los Angeles kerana mengingkari perintah berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu.
Hakim Stephanie Sautner berkata, aktres berusia 24 tahun itu didapati mengingkari perintah sebelum ini dengan mencuri rantai bernilai AS$2,500 dari sebuah kedai barang kemas di kawasan kediamannya di Venice Beach, Los Angeles.
Susulan itu, peguam Lohan mengumumkan pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap hukuman terbaru itu dengan segera.
Lohan turut diperintahkan menjalani hukuman khidmat sosial selama 480 jam di sebuah pusat perkhidmatan komuniti wanita.
Beliau dijadual dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$75,000. - AFP
Ulasan Cina Islam :
Hairannya manusia kelompok inilah yang menjadi idola dan ikutan , dipuja dan digilai oleh peminatnya diseluruh dunia. Walaupun dicemari dengan berbagai skandal dan kes jenayah serta terlibat dengan penyalahgunaan dadah secara terlarang mereka mendapat tempat yang baim dalam laporan media tanpa ada halangan.
Kebenaran yang terserlah dengan pejuangan Islam yang murni mendapat halangan dan sering diganggu oleh pihak keselamatan.
Paling memalukan sesetengah pihak sekarang bukan mahu dan tidak mampu mempertahankan dasar yang diperjuangkannya dalam memerintah negara dengan menidakkan dasar yang ditawarkan oleh pihak lawan.
Kerjanya sekarang adalah memburukkan pimpinan parti lawan. Dalam Kes Anwar kita merasa hairan bagaimana serangan peribadi secara melampau dan ditahap yang menjijikkan serta tidak masuk akal demi untuk melemahkan sokongan melayu terhadap beliau dan PR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan