19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
TRIPOLI: Angkatan tentera NATO menjalankan serangan udara terbaru awal hari ini ke atas Tripoli dengan beberapa bedilan kedengaran serta pesawat pejuang menguasai ruang udara ibu negara Libya itu.
Wartawan AFP berkata, serangan itu dibalas tentera udara Libya dengan melepaskan tembakan anti-pesawat serta mengerahkan ambulans menjalankan misi menyelamat.
Stesen televisyen Al-Libya berkata, Tripoli kini menjadi sasaran pasukan tentera Bersekutu yang mahu menjadikan Libya negara jajahan mereka.
Beberapa letupan kuat kedengaran di Tripoli, lewat semalam selepas pesawat NATO melintasi ruang udara di kawasan kubu kuat Presiden Muammar Gaddafi.
Tiga letupan kedengaran di barat Tripoli disusuli beberapa minit kemudian lebih banyak leupan, kata wartawan AFP yang sukar mengenal pasti kawasan yang menjadi sasaran NATO. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan