15 April 2011

Semangat Federalisme akan jamin hak rakyat Sarawak.

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: Hafizi Pauzi

IPOH, 14 April : Ketua Penerangan Pas Perak, Drs Khalil Idham Lim menempelak kenyataan DS Najib yang menyatakan bahawa rakyat Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dengan mengatakan “jangan biarkan ia berlalu pergi” sambil disifatkan ucapan DS Najib hanya sekadar omong kosong sahaja.

“Masa silam Sarawak telah pun suram selama 30 tahun BN memerintah negeri itu, jadi saya ingin ingatkan seluruh rakyat Sarawak supaya jangan termakan dan terpedaya dengan janji-janji manis BN,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, PR menjanjikan status Sarawak sama taraf seperti negeri di semenanjung jika Sarawak diterajui oleh Pakatan Rakyat.

"Saya menjamin hak rakyat Sarawak akan terus terbela dengan semangat federalisme yang diamalkan dinegara kita, walaupun dibawah kerajaan PR, rakyat Sarawak mesti diberikan bantuan oleh kerajaan pusat"

Kerana itu kata Khalil tidak timbul kerajaan negeri mesti sama dengan Kerajaan Pusat seperti juga yg dikatakan Najib sebelum ini.

“Di semenanjung semangat federalisme masih berlaku kepada negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Oleh itu rakyat Sarawak perlu ambil peluang keemasan ini pada 16 April nanti tanpa ada rasa takut dan ragu,” jelasnya.

Menjawab persoalan Sarawak akan mundur bila ditadbir oleh Pakatan Rakyat, YB Khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan bahawa alasan itu adalah untuk menutup kelemahan BN selama ini.

“Lakukan perubahan dan saya jamin hak anda sebagai rakyat Sarawak akan terbela ” katanya.

Tiada ulasan: