15 April 2011

Ramlah Malukan Ahli Akademik - Idris

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 15 April: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Datuk Dr Ramlah Adam, dari  Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjatuhkan taraf ahli akademik.

Beliau melahirkan kesal dengan kenyataan Ramlah yang memberi amaran kepada belia supaya jangan menukar kerajaan yang sedia ada. 


Ramlah (gambar) berpesan supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Kenyataan ini dinyatakan ketika beliau berucap di forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam.

Kenyataan ini, kata Idris yang juga bekas pensyarah UiTM, tidak layak keluar daripada seorang pensyarah Pentadbiran Awam yang mengajar pelajar-pelajar mengenai polisi pentadbiran awam dan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat membuat pilihan setiap kali pilihanraya.

"Apakah beliau buta sejarah demokrasi  negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang bertukar kerajaan dan pemerintahan tetapi terus maju? Apakah kerajaan selain daripada BN bukan sejenis manusia?

"Apakah beliau tidak mengetahui  Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun semenjak penubuhannya pada tahun 1955.

"Apakah Dr Ramlah Adam membayangkan United Kingdom sekarang sudah kembali kepada zaman batu sejak Parti Konservatif mengalahkan Parti Buruh pada 6 Mei 2010?

"Apakah beliau seorang yang buta maklumat mengenai pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun baru berusia tiga tahun berbanding dengan BN memerintah selama 54 tahun. 


"Janganlah kerana tebalnya Umno dalam lubuk hatiinya sehingga sudah tidak nampak kebenaran.." kata Idris (gambar) dalam kenyataannya.

PAS juga, katanya, menasihat kepada Dr Ramlah Adam jangan menjatuhkan taraf seorang ahli akademik. 

"Jikalau bercakap begitu lebih baik jadi Ketua Wanita Umno Cawangan Seksyen 2 Shah Alam sahaja, bukan seorang ahli akademik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.

H/daily

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

professor cap ayam tu

baei berkata...

Mungkin dia takut kalau tukar kerajaan peranannya dalam kerajaan sudah tidak laku. Jadi, beliau perlu diingatkan bahawa setiap kali pertukaran kerajaan baru, mesti ada yang lebih baik dilakukan. Mungkin prof ramlah boleh naik pangkat lebih baik daripada yang ada sekarang.

Cikli berkata...

prof sains rumah tangga

Tanpa Nama berkata...

Betul tu!

dhomdhom berkata...

Elok jual kangkung je kat pasar tani Seksyen 2 Shah alam

mySmartAir berkata...

byk professor kangkong skrg ni.. tulis satu buku tp heboh satu negara!! tanya soalan masa ceramah tak bleh jawab tp merapu lebih..hampehhh punya professor kangkong..

Tanpa Nama berkata...

prof kangkung..kemampuannya tulis buku teks sej. aje itupun bias

Rais Piatu berkata...

Taulah dia ni dah dekat nak expired @ pencen .Bukan apa apaan nak bodek supaya boleh sambung lagi. Ramlah kalau pencen laku lagi kalau berlakon filem seram ,jadi bomoh kah, hantu tak ada gigi kah atau nenek kebayan.....jangan maarrrraaaaa nanti kena jual

Tanpa Nama berkata...

suruh dia ajar budak2 tadika pasti....ehh jangan tadika kemas...

Tanpa Nama berkata...

profesor kanggg kunggg...poodaa chit

Tanpa Nama berkata...

mata tak pandai melihat... telinga tak pandai mendengar... akal tak mampu berfikir... hati tak mampu menafsir... hanya sekadar title tapi punya nilai yang kosong...

Tanpa Nama berkata...

jangan terlalu taksub dengan politik dan fikir tentang masa hadapan anak cucu kita..beliau melihat daripada sejarah yang lampau dan beliau berkata, jangan menukar kerajaan yang sedia ada bermaksud dengan perlembagaan dan dasar yang dibuat. Kita harus sedar yang kita duduk di negara yang aman dan beliau tidak mahu sejarah penjajahan yang lampau berulang kembali.

Tanpa Nama berkata...

jangan terlalu taksub dengan politik dan fikir tentang masa hadapan anak cucu kita..beliau melihat daripada sejarah yang lampau dan beliau berkata, jangan menukar kerajaan yang sedia ada bermaksud dengan perlembagaan dan dasar yang dibuat. Kita harus sedar yang kita duduk di negara yang aman dan beliau tidak mahu sejarah penjajahan yang lampau berulang kembali.