22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyalahkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang memerintah Tebing Barat berhubung pembunuhan seorang lelaki Israel, kelmarin.
Ben-Joseph Livnat, 25, ditembak mati oleh polis Palestin selepas cuba memasuki kawasan Makam Yusuf di Nablus yang berada di bawah kawalan Palestin tanpa kebenaran dan bertindak ganas dengan cuba melanggar sekatan pos keselamatan.
Di sebalik pencerobohan itu, Netanyahu tetap menyalahkan Palestin dan menuntut PA mengambil tindakan tegas terhadap anggota keselamatan yang melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Terdahulu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak turut mengeluarkan kenyataan sama dan mendakwa tiada alasan bagi polis Palestin untuk menembak Livnat walaupun terbukti mangsa cuba menceroboh.
Lawatan rakyat Israel sebanyak dua kali sebulan ke makam itu, iaitu salah satu lokasi suci bagi penganut Yahudi, sebelum ini dilakukan dengan iringan tentera Zionis tanpa sebarang insiden buruk sejak empat tahun lalu.
Sinar Harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan