26 April 2011

Badi Jerman Hantui MU

22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



GELSENKIRCHEN: Jika Manchester United mahu mara ke final Liga Juara-Juara ketiga dalam tempoh empat tahun, mereka mesti mengatasi dua perkara iaitu pasukan yang penuh dengan kejutan, Schalke 04 dan mengatasi rekod buruk menentang kelab Jerman.

United berkunjung ke Schalke untuk separuh akhir pertama awal pagi esok dengan harapan mara ke final di Wembley, 43 tahun selepas menewaskan Benfica di gelanggang sama untuk menjadi pasukan Inggeris pertama muncul juara di Eropah.

Walaupun Schalke mengejutkan juara bertahan, Inter Milan dengan keputusan agregat 7-3 di suku akhir, tiada apa yang merugikan mereka menjelang kunjungan United ke Veltins Arena itu.

Ia adalah penampilan pertama kelab Gelsenkirchen itu sebagai empat kelab terakhir pada kejohanan utama Eropah namun mereka boleh mengambil kesempatan sejarah United yang berhempas pulas apabila bertemu lawan dari Jerman.

Selain kemenangan menewaskan Bayern Munich pada final 1999 untuk muncul juara, anak-anak buah Sir Alex Ferguson gagal memenangi empat daripada dua pertarungan timbal balik menentang kelab Jerman.

Bayern mengatasi United pada suku akhir 2001 dan 2010 namun perbandingan lebih jelas adalah kekalahan separuh akhir kepada Borussia Dortmund pada 1997 dan Bayer Leverkusen pada 2002.

Pada kedua-dua aksi itu, United diramal bakal mara namun tewas agregat 2-0 kepada Dortmund yang muncul juara dan tersingkir dengan peraturan gol tempat lawan ketika menentang Leverkusen lima tahun kemudian.

Ferguson pastinya sedar persamaan itu dan berwaspada dengan mentaliti barisan pemain Schalke ketika menyingkirkan penyandang juara, Inter dengan keputusan 5-2 pada suku akhir pertama.

“Kelab Jerman mempunyai semangat dan keazaman tinggi dan ia bakal berulang pada malam Selasa (awal pagi esok),” kata Ferguson.

“Kami hadir pada perlawanan ini dengan skuad yang lebih berpengalaman dan rekod di gelanggang lawan beberapa tahun ini sangat hebat.” 

AFP

Tiada ulasan: