22 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 26 APRIL : Sebuah kilang membuat plaster siling rumah dan perabot musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Jalan Klang Lama di sini, lewat petang semalam.
Komando Operasi Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Sulaiman Tan Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 7.47 petang dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian mendapati kilang tersebut sudah terbakar hampir keseluruhannya.
Beliau berkata seramai 60 anggota dengan 10 kekuatan jentera dari enam balai bomba termasuk dari balai Hang Tuah, Lembah Pantai, Taman Tun Dr Ismail, Taman Desa, Bukit Jalil dan Pudu bergegas ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran tersebut.
"Jentera yang tiba banyak tapi kita sukar untuk memadam kebakaran kerana kurang sumber air akibat terdapat pili bomba yang tidak berfungsi," katanya.
Bagaimanapun pihaknya berjaya memadamkan api selepas mengambil masa selama dua.
Jelasnya lagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta kerugian yang dialami masih dalam siasatan.
Sinar Harian/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan