08 Mei 2011

Ferguson Harap United Dapat 'tuah' Pengadil

5 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


LONDON - Alex Ferguson menggunakan helah lamanya kelmarin dengan memberi tekanan kepada pengadil, Howard Webb menjelang aksi penentu kejuaraan Liga Perdana England malam ini.

Pengurus Manchester United itu menjelaskan bahawa beberapa keputusan daripada pengadil telah tidak menyebe- lahinya sejak beberapa pertemuan dengan Chelsea baru-baru ini.

Ferguson menjelaskan bahawa beliau bimbang sekiranya keputusan pengadil itu akan menjejaskan peluang pasukannya mencatat kemenangan ke atas The Blues.

FERGUSON berharap United mendapat 'tuah' daripada pengadil pada aksi menentang Chelsea hari ini.

"Sudah pasti ia satu kebimbangan besar. Howard Webb memang pengadil terbaik di negara ini, tidak diragui lagi mengenainya.

"Kami cuma harap giliran kami pula mendapat sedikit 'tuah' daripada penga- dil," kata Ferguson.

Beliau telah digantung lima perlawa- nan kerana mengkritik pengadil, Martin Atkinson selepas Chelsea menewaskan United di Stamford Bridge pada Mac lalu.

Tahun lepas, Didier Drogba berada dalam kedudukan ofsaid ketika menja- ringkan gol kemenangan Chelsea di Old Trafford.

Malah Ferguson juga mempertikaikan sepakan percuma yang menyaksikan John Terry menanduk masuk gol keme- nangan The Blues di Stamford Bridge pada 2009.

Namun masih ada berita baik bagi United iaitu mereka juga telah memena- ngi sembilan kali ketika Webb menjadi pengadil di Old Trafford. 

Agensi

Tiada ulasan: