08 Mei 2011

Lelaki Daki Gunung Kerana Gambar

5 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


ROBERT BOSCH merakam imej pendaki Pesche Wuthrich mendaki di banjaran Alps di sempadan Itali dan Switzerland

LONDON - Seorang lelaki, Robert Bosch, 57, menakluki puncak tertinggi dunia iaitu Gunung Everest, Banjaran Alps di Eropah dan banjaran di Antartika semata-mata untuk mendapatkan gambar yang menakjubkan.

Didorong minatnya untuk mendapatkan imej puncak yang hebat dan sempurna, Bosch telah menghabiskan masa hampir 40 tahun dengan mendaki puncak-puncak banjaran utama di dunia.
Kolony-Dicipta untuk berangkaian social. Kenakan infeksi!

"Mendaki Everest dengan menyusuri laluan biasa tidaklah sesukar mana untuk seorang pendaki yang berpengalaman," katanya.

"Saya pernah mendaki laluan lereng barat Everest yang sukar tetapi gagal.

"Ramai orang mendaki Everest dan berfikir mereka dapat menulis buku mengenainya tetapi kebanyakan mereka banyak bergantung kepada pemandu arah tempatan dikenali sebagai Sherpa," tambahnya. 

Agensi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku kagum dengan keinginan serta kesungguhan mamat ini. Walaupun bahaya sedia menanti, tapi kecekapan, kecekalan, serta kemahuan yang tinggi, dia mampu mengatasinya. Pada belia di Malaysia, ada berani dan aku yakin ada.