02 Mei 2011

Kenyatan Akhbar PAS Miri, Sarawak : Isu PAS cerai DAP

28 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PAS Miri

PAS Sarawak ingin merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Kenyataan PM Najib seperti seorang yang tidak sedar diri dengan mengatakan "DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam." Memang DAP tidak pernah memperjuangkan Islam sebab DAP bukan parti Islam, PAS nak tanya balik dengan Najib adakah MCA dan MIC juga pernah berjuang untuk Islam? Sebelum menyeru PAS tinggalkan Pakatan lebih baik lihat sendiri dalam Umno/BN apakah mereka benar-benar berjuang Islam?

PAS Sarawak menyeru pula agar Umno tinggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai PAS supaya kita bersama-sama berjuang untuk agama Islam, Bangsa dan Negara.

PAS Sarawak minta Umno dan sekutunya PBB supaya tinggalkan BN marilah kita bersama Pakatan untuk menuju sebuah negara yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman ideologi politik.

PAS bukanlah alat kepada DAP seperti yang didakwa oleh Umno/BN tapi PAS berjuang bersama DAP dan PKR dalam Pakatan adalah untuk kebajikan semua rakyat. Insya-Allah PAS boleh buktikan dalam PR13 nanti sekiranya diberi peluang bertanding dalam kawasan bandar dimana DAP dan PKR akan bersama-sama membantu PAS menang dalam kawasan bandar. Ini tanda menujukkan bahawa Pakatan lebih sesuai daripada BN kerana Pakatan berjuang untuk menegak keadilan dan kebajikan untuk semua.

PAS untuk semua.

Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Tiada ulasan: