Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 12 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon kerajaan Pusat turut menyerahkan hasil royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sebagaimana yang diberikan pada Terengganu. Menurutnya, sekiranya kerajaan Terengganu memperolehinya, Kelantan juga berhak memandangkan hasil minyak juga turut diperolehi dari negeri ini. “Hasil minyak, bukan hak kerajaan Pusat yang mutlak, hak kerajaan Kelantan sekiranya minyak disedut di negeri Kelantan, kalau diambil di Terengganu, royalti hak Terengganu, Johor tak ada minyak tentunya tak dapat royalti minyak,” ujarnya. Menurutnya, hak itu bukan sahaja diperuntukkan menurut undang-undang yang dibuat manusia, sebaliknya dalam Islam sendiri telah ditentu Allah sejak awal lagi. Jelasnya, sekiranya kerajaan BN masih tidak akan memberikan hasil royalti kepada Kelantan, sedangkan kerajaan Terengganu diperolehi, ianya sekaligus menterjemahkan sikap kerajaan yang tidak adil. Kelantan bagaimanapun, memberitahu kerajaan negeri akan sentiasa berusaha berunding, menghubungi kerajaan Pusat dan berbagai lagi cara yang dibenarkan syarak dan undang-undang untuk mendapatkan royalti. “Kelantan tidak akan melanggar peraturan Islam untuk mendapatkannya,” ujarnya lagi. Beliau masih mengulangi sebagai Menteri Besar Kelantan, beliau tidak redha tindakan Kerajaan Pusat yang menafikan hak kerajaan negeri hingga akhirat. Tuan Guru berkata demikian ketika diminta mengulas kerajaan Terengganu bakal memperolehi royalti minyak dari Kerajaan Pusat berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun ini.HD/- |
12 Mei 2011
Serah royalti pada Kelantan macam Terengganu
09 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Bila masanya kerajaan pusat menyerah royalti 5 peratus kepada Terengganu.
Selepas ditarik balik semasa PAS memerintah dulu hingga kini satu sen royalti tak diberi kecuali dana khas yang diperuntukan diberikan.
Dikatakan sebanyak RM3 bilion tertungguk yang dijanjikan oleh perdana manteri hanya janji tinggal janji.
Sekarang ini kerajaan Terengganu yang diterajui Ahmad said terkial kial cari duit tak cukup duit sepertiman baget 2011 aejumlah RM 2 bilion itu.
Catat Ulasan