14 Jun 2011

20 pemberontak maut diperdaya tentera pro-Gaddafi

12 Rejab 1432H. [MOD] -


BENGHAZI 14 Jun – Pasukan tentera yang setia kepada pemimpin Libya Muammar Gaddafi hari ini membunuh 21 orang pemberontak yang berada di barisan hadapan antara Ajdabiya dan Brega yang terletak di timur Libya, lapor komander pemberontak.

Menurut Mussa al-Mograbi, kumpulan pemberonta terpedaya dengan muslihat tentera Gaddafi yang berpura-pura untuk menyerah diri dengan membawa bendera putih dan kemudian menembak ke arah mereka.

Kira-kira 20 orang pemberontak tercedera dan dibawa ke hospital Ajdabiya, 160 kilometer dari selatan Benghazi untuk menerima rawatan. 

AFP

1 ulasan:

UluWatu berkata...

Satu muslihat yang akan menjemput padah lagi buruk dan ngeri di lain masa; yakni pada masa akan datang sekiranya ada tentera Gaddafi yang menyerah dgn mengibarkan bendera putih, adakah pemberontak akan menerima penyerahan diri itu atau terus menembak mereka sebab khuatir itu cuma muslihat? Adalah jenayah perang untuk membunuh mereka yang mengibarkan bendera putih tetapi berasaskan peristiwa yang dilapurkan di atas, apakah tindakan selamat yg selari dgn undang-undang perang antarabangsa yg boleh diambil oleh pihak yang sepatutnya menerima 'surrender' itu? Gaddafi sudah gila sekiranya membenarkan tentera yg setia dgnnya mengguna taktik sedemikian.