25 Jun 2011

Gadis trauma kepala dibotakkan

23 Rejab 1432H. [MOD] -


ALOR SETAR – Seorang gadis lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) trauma apabila rambutnya dipotong sehingga botak ketika menjalani latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wakaf Tapai di Marang, Terengganu bagi jawatan Penolong Penguasa Bomba pada 2 Mei lalu.

Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Jalan Pegawai di sini, kini terpaksa melupakan impiannya untuk berkhidmat di JBPM kerana sudah serik untuk menjalani semula latihan di kem tersebut.

Selain Hizyaty, seramai 18 lagi pelatih wanita yang dibotakkan kepala pada hari mereka mendaftar pada petang 2 Mei lepas.

Menurutnya, dia dan 18 pelatih wanita lain terkejut apabila rambut mereka dipotong sehingga botak tanpa diberi sebarang penjelasan mengenai tindakan itu.

“Seorang kakitangan wanita di kem itu memanggil pelatih seorang demi seorang ke dalam sebuah bilik dan rambut kami dipotong menggunakan mesin gunting rambut.

“Saya terkejut apabila melihat seorang pelatih keluar dengan kepala botak dan ketika itu saya hanya berserah kerana fikir mahu teruskan latihan di kem itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Berjaya di sini semalam.

Hizyaty memberitahu, dia hanya berdiam diri ketika rambutnya dipotong dalam masa kira-kira lima minit kerana menganggap ia satu prosedur biasa sebagai pelatih di situ.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jabatan bomba dan penyelamat malaysia dah tyeruk nampak polis dan tentera pun tyak buat begitu pada pelatih2 mrk. apa nak jadi ni ini undang2 yg dibuat sendiri atau yg di tetapkan oleh menteri? perkara ni mesti di hebahkan dlm media alternatif kalau media arus perdana tak nak buat.SUHAKAM cuba lihat sendiri sy percaya lps ni tak de wanita yg nak jadi ahli/peg bomba!!!

abu muaz berkata...

nak masuk tentera pun tak macam ni? polis dan tentera wanita iran siap pakai jubah lagi... Israel pun takut... apa ulasan komandan ?