25 Jun 2011

30,000 Maut Dalam Perang Dadah Mexico

23 Rejab 1432H. [MOD] -


Jumlah kematian dalam perang dadah yang berlangsung selama empat tahun telah menyebabkan lebih 30,000 kematian, menurut pihak berkuasa pada hari Khamis, dengan jumlah kematian sebanyak 12,456 bagi tahun ini sahaja.

“Jumlah kematian setakat 30 November adalah 30,196 sejak bermulanya pemerintahan Presiden Felipe Calderón, kata Ketua Hakim Arturo Chavez, yang juga menyatakan bahawa jumlah keganasan telah meningkat sejak tahun 2010.

Calderón telah melancarkan banyak serangan ke atas pengedar-pengedar dadah sejak Disember 2006, dan sejak itulah kadar keganasan dan perang antara kumpulan-kumpulan gangster – kebanyakannya atas sebab hantaran dadah ke Amerika Syarikat – dan pihak berkuasa sering berusaha untuk menghentikan mereka.

Sekurang-kurangnya 10 daripada 24 ketua-ketua geng pengedaran dadah ini telah dilaporkan mati atau ditangkap pada tahun 2010.

Ini bagaimanapun menunjukkan 6.8 peratus kenaikan dalam jumlah kes pembunuhan bagi masa empat bulan, sejak pihak berkuasa mengeluarkan laporan bagi kes pembunuhan sebanyak 28,000.

Kejadian-kejadian seperti sembelih kepala, penyeksaan dan kes culik-bunuh sering dilaporkan hampir setiap hari di kebanyakan kawasan utra bandar Mexico.

Bagi kes-kes keganasan, pihak berkuasa melaporkan pada hari Rabu bahawa bandar Cuidad Juarez mempunyai jumlah pembunuhan sebanyak 3,010 pada tahun 2010, termasuk pembunuhan 140 anggota polis, kebanyakannya berhubung dengan kes pengedaran dadah.

Bandar yang berdekatan dengan sempadan AS itu merupakan kawasan utama bagi pengedaran dadah jenis kokain. Jabatan kehakiman negeri tersebut menyatakan bahawa jumlah kes pergaduhan sering meningkat bagi tempoh beberapa tahun ini, mencecah jumlah 1.656 pada tahun 2008 dan 2,754 bagi tahun lalu.

Tiada ulasan: