25 Jun 2011

12 Penunjuk Perasaan Terbunuh

23 Rejab 1432H. [MOD] -


DAMSYI – Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas tentera keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan yang berhimpun bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Bashar al-Assad,.

Seramai berpuluh-puluh ribu orang menyertai protes yang diadakan selepas solat Jumaat itu sebagai menyahut seruan satu kumpulan di Facebook, Syrian Revolution 2011.

“Tentera pada awalnya menggunakan gas pemedih mata untuk cuba menyuraikan tunjuk perasaan sebelum mereka melepaskan tembakan,” kata seorang aktivis di Damsyik. 

AFP

Tiada ulasan: