9 Rejab 1432H. [MOD] -
Pemandu jentera pengaut serang mekanik dengan parang selepas tebas lalang
PENAMPANG: Seorang mekanik putus kepala akibat dilibas dengan parang oleh seorang pemandu jentera pengaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
PENAMPANG: Seorang mekanik putus kepala akibat dilibas dengan parang oleh seorang pemandu jentera pengaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi semalam.
Kepala Asri Patahuddin, 37, yang putus kemudian dimasukkan suspek ke dalam tong berisi minyak enjin kenderaan sebelum mengheret tubuh lelaki itu dan menghumbannya ke dalam sebuah van rosak tidak jauh dari bengkel terbabit.
Mangsa yang mempunyai seorang isteri dan dua anak serta sudah bekerja di bengkel berkenaan sejak beberapa tahun lalu sebelum itu sedang membaiki kenderaan apabila secara tiba-tiba dihampiri suspek berusia 30 tahun yang bersenjatakan sebilah parang panjang.
Rakan Asri, Ramli Simmi, 38, berkata suspek sebelum itu mencari parang di bengkel berkenaan dengan alasan untuk menebas lalang selepas mendakwa jentera pengaut dipandunya rosak.
“Suspek mengambil parang dalam bengkel dan menebas lalang di halaman bengkel sebelum mendekati mangsa. Tiba-tiba dia melibas parang ke leher mangsa. Saya dan seorang rakan cuba menghalang tetapi suspek melibas parang ke arah kami pula,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Suspek dikatakan baru berpindah ke kampung berkenaan 10 hari lalu dan dipercayai mengalami tekanan mental kerana berjauhan daripada keluarganya di Lahad Datu.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh, berkata ketika mahu ditahan, suspek cuba mengelak dan menafikan perbuatannya sebelum beberapa anggota polis berjaya memujuknya menyerah diri dan merampas sebilah parang dipercayai digunakannya dalam kejadian itu.
Katanya, suspek dipercayai mengalami masalah mental, ditahan reman seminggu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dengan niat, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan