19 Jun 2011

Rakyat disuruh berjimat, pemimpin berbelanja mewah.

17 Rejab 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 19 Jun : Adun Titi Serong,  yb drs khalil idham lim berkata RM81,000 ribu untuk biaya kos kcatering untuk majlis pertungan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya sebagai satu pembaziran.

“Sebagai pemimpin tertinggi Negara, sepatutnya memberikan tauladan yang terbaik kepada rakyat bagi menunjukkan cara berbelanja berhemah,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu, menurutnya, baru saja rakyat diukejutkan. Dengankos facebook Cuti-Cuti 1Malaysia yang mencecah RM1.8 juta kerana ia tidak masuk akal, sekarang PM pula yang buat kejutan.

“Perkara yang sepatutnya tanpa sebarang bayaran wang kerajaan namun semudahnya digunakan secara tidak bertanggungjawab” jelasnya.

“Bagaimana pula UMNO BN berbelanja semata untuk rakyat,60% orang Melayu khususnya seharusnya patut terfikir akan realiti kerajaan UMNO BN yang tidak serius membela rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu.

“Rakyat dalam kemiskinan dan kadang-kadang disuruh pula berjimat dalam berbelanja namun pemimpin negara melakukan sebaliknya,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Idham Care berkata isu-isu seperti kos sara hidup rakyat yang makin meningkat dan masalah sosial remaja dan golongan muda di Malaysia sepatutnya menjadi agenda utama kerajaan tidak ambil peduli.

“UMNO BN hanya menumpukan penaiktarafan untuk urusan kerajaan untuk menjadikan Negara terkenal dimata dunia tetapi kebajikan rakyat diabaikan,” ujarnya.

“Isu pokok seperti Negara kehilangan daya saing dan keruntuhan moral remaja dan golongan muda diabaikan dan yang terkini akibatnya amat membimbangkan,” katanya.

soalnya, Apakah benar UMNO BN komited mahu membela rakyat? Jawapannya mudah kerana amat jelas terpampang apabila Perdana Menteri mengadakan program Himpunan Sejuta Belia Di Putra Jaya baru-baru ini tanpa halatuju yang jelas.

“Adakah para belia disajikan dengan acara dan pengisian yang bermanfaat untuk percambahan fikiran bagi menyediakan generasi yang berpandangan jauh? Adalah belia muslim khusnya yang hadir kesana diingatkan supaya jangan tinggal solat? Adakah remaja muslim khususnya dingatkan supaya sentiasa menutup aurat apabila keluar rumah?,” soalnya.

“Persoalan-persoalan sebegini pasti tidak akan dilayan oleh UMNO BN jika diajukan kepada mereka.

“Kerajaan UMNO BN telah memerintah Malaysia terlalu lama, sehingga hilang imbangan bagi memberi dan memfokuskan kepada tujuan utama pentadbiran ke arah kebajikan kepada rakyat, yang menjadi mangsa adalah rakyat, pemimpin senang lenang dengan wang yang juga harta rakyat,” ujarnya.

Menurutnya lagi UMNO BN hilang fokus untuk jaga hak rakyat sehingga telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai pelanggan mereka, bukannya sebagai rakyat mereka, “ini perbuatan orang tidak siuman,” katanya.

“UMNO BN semakin tidak siuman apabila terus mempersoal dan memperlekeh Negara berkebajikan di media pro BN yang diperjuang PAS dalam muktamar baru-baru ini,” katanya lagi.

“Angka-angka besar seperti RM1.8 juta dan RM81,000 besar bagi rakyat tetapi kecil dan halus bagi pemimpin UMNO BARISAN NASIONAL, justeru rakyat perlu berbuat sesuatu untuk jadikan PRU13 ini sebagai peristiwa besar untuk jatuhan umno bn, katanya.

2 ulasan:

qaseh bonda berkata...

Makin lama makin benci dengan perangai para2 menteri poyo.

Serupa hebat lah sangat. Pada hai dok cekek darah rakyat. Dengan tol sana sini, minyak dan gas sampai tak terkira dah mahainya lagi.

Sedangkan dinegara2 maju pun bagi kelebihan kat rakyat depa. Contoh paling mudah air diminum terus dari paip.

Di Malaysia? Nak kena Bio Aura la, Hexagonla macam2 nama dok ada. Lagi kaya lagilah yang berjenama. Rakyat miskin tadah paip la dah
macam ayaq acaq.

Kat luar negara kabarnya susu kotak fresh milk tu pun berapa sen je!!

Kat tesco supermarket koman tu pun dah sampai empat lima ringgit.

Dok buat apa tak tau puak2 menteri yang dok pikul amanah selama ni.

Tok sah dok gah projek mega. Nak makan la ni pun pakat ikat perut.

Tanpa Nama berkata...

Angka RM1.8j utk selenggara FB mungkin boleh dipertikaikan tetapi RM81k untuk majlis pertunangan anak seorang Pemimpin sebuah negara tidaklah tertalu besar. Kalau sekadar hidangan nasi ambeng dua atau tiga dulang, bukankah lebih memalu kita rakyat semua. Ramai dif-dif terhormat dijemput sekali, air muka rakyat Malaysia kena jaga juga.