20 Jun 2011

Identiti penggodam dikenal pasti

18 Rejab 1432H. [MOD] -

JELEBU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengenal pasti identiti penggodam ratusan laman web tempatan termasuk portal rasmi kerajaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, usaha mengesan penggodam terbabit dilakukan dengan kerjasama pihak polis.

“Laporan siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas ia dilengkapkan.

“Kerajaan memandang serius serangan penggodam kali ini dan akan bertindak tegas kepada pihak didapati bersalah,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Musa Aman di Dewan Majlis Daerah Jelebu, Kuala Klawang dekat sini, semalam.

Rais bagaimanapun tidak memberitahu secara terperinci identiti penggodam terbabit.

sinar harian/-

1 ulasan:

Qaseh Bonda berkata...

Kes video pun sudah dikenalpasti. Perogol amah bersiri pun sudah dikenal pasti.

Kes liwat ada pak sanggup, kes letup meletup pun ada kambing hitam!!

so, what the hell!!