20 Jun 2011

P.Pinang rintis Negara Berkebajikan

18 Rejab 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, – Pesakit buah pinggang di Pulau Pinang berpeluang mendapat rawatan dengan harga RM30 bagi setiap dialisis apabila Pusat Dialisis CAT yang pertama disiapkan tidak lama lagi.

Untuk membolehkan pesakit hanya membayar RM30 bagi sekali rawatan dialisis, kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan menanggung kos perkhidmatan yang ditetapkan pada kadar RM110 berbanding dengan kadar pasaran di antara RM150 dan RM200. Kerajaan negeri Pakatan akan menanggung kos selama 10 tahun, iaitu anggaran sebanyak RM2.05 juta, atas kadar tajaan RM30 setiap rawatan untuk kelompok 25 hingga 50 orang pesakit.

Daripada kos RM110 bagi setiap rawatan itu, kerajaan persekutuan akan diminta menyumbang RM50 manakala kerajaan negeri menyediakan RM30 dan pesakit buah pinggang (end stage renial failure) pula hanya membayar RM30.

Biasanya, seorang pesakit buah pinggang menjalani 3 kali rawatan seminggu.

Inisiatif Pusat Dialisis CAT adalah usaha Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar Negeri, Phee Boon Poh, merangkap Adun DAP Sungai Puyu.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, usaha itu adalah sumbangan kerajaan negeri kepada rakyat dengan kerjasama sektor swasta dalam usaha menjaga kesihatan rakyat.

“Kerajaan negeri telah menggunakan lebihan bajet dan bercadang, sekiranya keadaan mengizinkan, untuk memperluaskan Pusat Dialysis CAT di kawasan lain di Pulau Pinang,” katanya.

Sebagai permulaan, Pusat Dialisis CAT akan disediakan dengan 10 mesin homeodylasis (HD), sistem rawatan air RO dan automatic reprocessor dengan suntikan dana atas usaha kerajaan negeri.

Kos setiap mesin HD dianggarkan RM 42,000 yang memerlukan perbelanjaan RM420,000 yang ditanggung oleh pihak swasta dan kerajaan Negeri di bawah konsep public & private partnership framework (PPP).

Mengikut perangkaan 2009, terdapat 1,804 pesakit buah pinggang di Pulau Pinang. Kesemua 6 pusat dialisis di Hospital Pulau Pinang yang mempunyai 75 mesin yang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan tidak dapat lagi menampung jumlah peningkatan pesakit.

Guan Eng yang juga Adun Air Putih berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti lokasi untuk memulakan projek perintis Pusat Dialisis CAT di pejabat pasar awam Balik Pulau, berhampiran perhentian bas Rapid Penang.

Katanya, pemilik bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah bersetuju untuk menyediakan ruang di belakang pejabat kutipan hasil di pejabat pasar awam Balik Pulau sebagai Pusat Dialisis CAT dengan kadar sewa nominal RM10 setahun.

“Kerajaan negeri PR prihatin kepada penduduk luar bandar dan menjaga kebajikan semua rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang politik,” tambah beliau. – Roketkini.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

IA MERUPAKAN SATU IDEA YANG BAGUS DAN WAJAR .....
I SBGI RKYT M'SIA BERASA TERHARU DENGAN IDEA-IDEA PAKATAN RKYT INI....
SEBABNYA DI DUNIA INI TIADA ORANG YANG PERFECT..... DI SINI I TIDAK BAGITAHU PAKATAN RAKYAT ADALAH PERPECT.... SEMUA AHLI POLITIK PUN BANGKITKAN ISU-ISU SENSITIF DAN MENGHANCURKAN PERPADUAN DI NEGARA INI BAGI KEPENTINGAN PERIBADI ..... TAPI APE YANG BN BUAT BAGI RAKYAT SELAMA INI ???? MENAIKKAN HARGA BARANG , MENAIKKAN KADAR TOL , MENAIKKAN HARGA PETROL , TAX UTK ASTRO , TAX UTK POSPAID , SEMUA INI BAGI MENJELANG PRU DI LAMA LAGI..... SEMUA DUIT RAKYAT..... DI NEGARA INI YG KAYA MAKIN KAYA DAN YG MISKIN MAKIN MISKIN.....
WALAUPUN PAKATAN RAKYAT BUAT BENDA YANG SAMA MCM BN BAGI KEPENTINGAN PERIBADI TETAPI PAKATAN RAKYAT BANYAK MEMBERI ELAUN, MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT, AIR PERCUMA, WANG KEPADA KELUARGA SI MATI , DUIT INSURAN BAGI ANAK YG BARU LAHIR DI NEGERI SELANGOR..... BANYAK PERUBAHAN DALAM MASA 4 TAHUN ATAS PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT.....
KENAPA DALAM MASA 50 TAHUN PEMERINTAHAN BN TIDAK DAPAT MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT DAN HANYA MEMBEBANKAN RAKYAT SAHAJA SELAMA INI.....
JIKA RAKYAT MENYOAL TENTANG KEBENARAN AKAN DI SUMBAT DLM ISA.... DEMOKRATIK?????? ASS HOLE........
I NIE BKN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT MAHUPUN BN......
YANG KAMI MAHU PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN SAKSAMA TANPA MEMBANGKITKAN ISU-ISU SENSITIF DI DALAM NEGARA YG AMAN DAN DAMAI SELAMA INI....... BERKHIDMAT LAH DEMI RAKYAT & HENTIKAN POLITIK YG KOTOR & MENJIJIKAN INI.......
PROUD TO BE A MALAYSIAN.....