6 Syaaban 1432H. [MOD] -
Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang ini selepas memberi kenyataan di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan BERSIH hari ini.
Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan.
Selain Ambiga dan Hadi, lima orang lagi ialah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis, anak bungsu Datuk Seri Anwar Ibrahim - Nurul Iman - dan dua yang lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah berkata kesemua semua tahanan akan dibebaskan oleh malam ini.
Seramai 1,667 ditahan sewaktu perarakan BERSIH di ibunegara hari ini.
2 ulasan:
SYABAS KERANA KEBERANIAN ANDA SEMUA....!!!
Cut The Crap,Cut The Hoops
Nak jadi pemimpin sejati, berani buat berani tanggung. Pemimpin hebat memang berumah ditepi pantai, sudah tak gentar dengan badai.
PM dan mantan2 PM cuma berani gebang. Bila huru hara cabut keluar negara. Dok mengarah dari jauh. Tergamak tinggalkan tanggungjawab. Biar orang lain yang tanggung. Tak faham kenapa musa hitam masih bersedia dikambing hitamkan. Duit tak mampu menebus segala dosa khususnya dosa di Memali.
Ada yang dok tumpang sebak tak pasal2 mengenang jasa bapak sedang negara sudah tunggang langgang. Dok berangan hebat sedang orang2 kerajaan pun sampai menyesakkan dada memikirkan mereka bekerja bukannya setakat 5 tahun sekali tapi bekerja sampai dekat dah nak mati.
Hakim, PTD, Prof. dok buat apa lagi...sampai masa dah kena ajar orang politik UMNO yang dok control minda orang gomen.
Bak kata Pak Samad..kita kena ada hak untuk berpihak.
Cukup sampai disini. Sampai masa nanti undi dengan berani.
Catat Ulasan