08 November 2009

Ucapan penggulungan Presiden PAS.

GOMBAK, 7 Nov :-Presiden mengucapkan terima kasih dengan kehadiran dan melakukan perbincangan yang hangat dan kita adalah pemain dan ada penonton yang mengulas seperti pasukan bolasepak. Katanya semasa memulai penggulungan Seminar Memperkasakan Parti yang diadakan disini.

"Yang penting kita menerima pandangan termasuk dari luar, kita perlu berjiwa besar dalam menghadapi masalah ini. walaupun di sana ada teguran yang keras, seperti suruh pecat pengurus, kapten namun kena ingat masih ada masa untuk bermain." jelasnya.

"Kita adalah pemain profesional dan bukan pemain kampung, walaupun ada kekecohan seperti yang digambar oleh semua pihak." Katanya

"Hari ini saudara saudari dapat menunjukkan sifat yang dianjurkan oleh Allah dan Rasul yakni bersegera berlumba-berlumba untuk mendapat keampunan Allah."

Presiden PAS juga menegaskan PAS telah memperkenalkan tahalufsiasi dengan bukan kumpulan kita. Kita usahakan persefahaman yang anjal dengan Pakatan Rakyat dan pendekatan kepada persefahaman kepada persamaan yang ujud.

Katanya lagi sebaliknya UMNO menggadaikan Islam demi untuk kemenangan dan ini dilihat oleh orang bukan Islam.

Beliau memuji Kelab Penyokong PAS yang sanggup berkorban , Katanya "Pas bukan kerajaan dan pembangkanag, kalau nak senang mereka boleh sokong kerajaan. namun mereka menyokong kita dalam kelab penyokong".

Hj. Abdul Hadi juga mendedahkan Ahli dan calon PAS berbaih yang ada perhitungan dan dosa, bukannya cerai bini kerana kalau keluar dapat habuan dapat khawin lebih muda.

"Syaraiat Islam adalah mendidik , bukan saja menghukum dan ada syarat-syaratnya. Kita tak paksa orang bukan Islam dalam perkara tertentu." jelasnya.

Mengulas mengenai "prespeksi" yang hangat diperkatakan dalam seminar itu , beliau berkata "Perspeksi boleh berubah dengan benar dan berubah dengan cara bohong"

Presiden berkata "kita salah faham antara satu sama lain, kita nak masuk UMNO ini adalah prespeksi yang dibuat oleh media arus perdana."

Presedin PAS juga menegaskan dengan nada yang keras " kita tidak akan masuk umno dan BN, kita tolak sekeras-kerasnya kerana kita ada pengalaman."

HJ. Abdul Hadi mengatakan apa yang penting perkasa kan PAS untuk menghadapi harimuka, perkasakan organisasi semua peringkat. mesti ada cawangan yang hidup.macamana boleh menang kalau tidak ada kekuatan akar umbi , soalnya lagi.

Beliau mengharapkan kelab penyokong perlu diperkasa dan jentera penerangan kita bukan menyerang tapi menerang.

"kita tidak boleh menang hanya dengan sokongan orang islam sahaja." jelasnya

Menyentuh peranan Pemuda beliau mengatakan perlu ada usaha menarik sokongan pengundi muda dan pemuda hendaklah turun kebawah.

Selain itu muslimat yang diberkan pujian dalam seminar tersebut dipuji sekali lagi oleh Presiden dengan mengakui muslimat banyak turun dibawah.kita perlu bergerak kebawah, dan banyak tenaga muda balik kekampung menyedarkan ibubapa mereka.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah pemimpin saya yang diamanahkan oleh ahli parti.Tetap tabah menghadapi segala kritikan.Masih memikul amanah yg dipertanggungjawabkan.Beliau tidaklah kemaruk spt pemimpin UMNO sehingga mesti cukup kuota utk bertanding.Kalau rasaTGHH tidak layak masuklah bertanding atau kemukakan calon yang dirasakan layak.Doa saya untuk TGHH dan ahli jamaah sekalian

abu muaz berkata...

betul kata presiden. kalau nak marah kapten kapal jangan tebuk kapal. Ingat tu kapten kapal lama dah belayar. pelbagai pengalaman sudah ditempuh. Badai, taufan ,gelombang kecil, tsunami semuanya telah dirasai.

pengundi muda berkata...

pas sudah jadi parti yg sombong dan angkuh.hanya layak tuk jadi pembgkg,tapi tak boleh jadi krajaan.pas sudah lupa janji.pemikiran pemimpin dan perwakilan masih zaman 70an.tak boleh menerima kritikan membina seperti dr abdul aziz bari.tanpa sokongan pengudi,pas tak akan ke mana pun.tak percaya kita tengok la sama pada pru 13 nanti

CUCU PEJUANG berkata...

Agar ribut petir,badai taufan melanda memperkasa ahli-ahli PAS.Semangat jihad terus membara hingga titisan darah terakhir.Hadapi mehnah perjuangan dengan tenang.Ibarat lilin membakar diri....Takbir!

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pas sepatutnya tidak perlu gila jawatan. apa yang penting konsisten dalam perjuangan. TGHH tidak pernah meminta jawatan, tetapi apabila ditaklifkan tjwb tersebut maka beliau konsisten dan berusaha untuk melaksanakan amanah tersebut. Lihat Mat Sabu berapa kali kalah pilihanraya, berapa kali kalah jawatan dalam parti, tetapi perjuangan tetap kental. Macam tu baru berjuang Islam.Sapa tak kenal Mat Sabu. Budak 7 tahun di pedalaman kat Baling pun kenal beliau.Ini cerita benar.

al-balingi berkata...

Saya setuju dengan kenyataan mengenai Mat Sabu yang memang popular dikalangan rakyat marhaen. Memang benar kalau kat kawasan Baling budak-budak tujuh tahun pun boleh kenal Mat Sabu. Kalau beliau datang berceramah ribuan orang datang. Itu kehebatan politik beliau.Mudahan beliau datang bertanding di Parlimen Baling PRU akan datang.Ust Taib bagi Dun Bayu.Sebab PRU lalu dun tersebut pas kalah tapi untuk undi parlimen baling dari dun tersebut Pas menang. Ini disebabkan personaliti Ust Taib. Mana tau boleh ganti jadi MB.

Tanpa Nama berkata...

Mat sabu bleh dicalonkan di Perlimen Baling. Kuat pengaruh dia di Baling. Tak percaya datang buat server.

Tanpa Nama berkata...

Harap Matsabu bertanding di Baling. Kami dari BN akan undi.

UMNO BONGOR berkata...

Bongor kubu Umno,susah pas nak menang bayu selagi hangpa tak pecahkan kubu ni.dan jangan harap boleh pecahkan kubu ni setakat hari ini. Tapi kalau Mat Sabu bertanding di Baling,kami bleh fikir untuk undi.

orang umno bayu berkata...

Kami bukan tidak mahu bersama-sama dengan pas. tapi untuk pengetahuan semua ada segelintir ahli pas yang tidak ambil peduli tentang kami.Kenduri ada yang tak mai,mati tak ziarah. ini menyebabkan kami rasa orang pas tak orang umno. Tentang mat sabu,kami bleh undi kalau dia bertanding disini. Saya selalu dan akan datang kalau beliau berceramah di baling.

Penyokong Mat Sabu berkata...

Jarang lani Mat Sabu datang Baling. Teringin nak dengar suara merdu Bang Mat.

ahli Pas Memali berkata...

Dulu kalau buat ihtifl mempengeringati shuhada mesti Mat Sabu datang bagi ucapan. Sekarang lama tak dengar.

Tanpa Nama berkata...

Gandingan TGHH dan Mat Sabu mantap juga untuk jwtn presiden dan timbalan. Ust Nasa baik jadi SU agong.

Tanpa Nama berkata...

Apa takut EGM kalau kita ikhlas kerana allah...

Tanpa Nama berkata...

Syabas Tuan guru Haji Hadi keraa bijak menangani isu dan sabar meneriam tohmahan.
Apa yang di perkatakan oleh dua Prof tu bukan sema nya betul Andaian saja. Namum perlu juga di ambil yg mana baik untuk memperkukuhkan parti dan perjuangan.

Raziq Najab berkata...

Pergi jahanam dengan kebangsaan!

Hidup Islam!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!!

orang baling berhujah berkata...

Betul ka orang baling boleh terima Mat Sabu sebagai waki rakyat. Bertanding di Kuala Terengganu pun kalah. Saya lihat orang baling semangat kebalingannya sangat kuat. susah nak sokong orang luar. Contohnya kalau calon tu dari dun Kupang dan bertanding di Dun bayu pasti kalah.