08 November 2009

Tolak prespesi adalah pramitif - Dr. Abu Hassan.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.

Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini

Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.

AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.

Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.

Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.

Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.

Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.

Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.

"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Dr.Idham dan semua..
Kita perlu berlapang dada dlm melihat teguran Dr Aziz ini.Bagus la kerana ada org yg mahu menegur mudah-mudahan ianya akan membuat kita menjadi matang dan kuat. Kalau dulu masa kita belum diberi kemenangan (selain Kelantan) tak pun orang yg peduli, kerana apa? kerana masa tu kita belum kuat dan boleh diterima oleh semua bangsa di Malaysia ini. Sekarang semua ahli PAS perlu melihat apa yg berlaku hari ini dlm sudut yg berbeza dr sebelum ini, tolong matangkan politik kita andai kita mahu memerintah negara ini. Saya sangat bersetuju dgn pandangan Dr Aziz dan Dr Abu Hassan. Marilah kita lihat bersama dlm corong politik yg satu utk kita memimpin dan menyatu ummah bangsa negara tercinta ini dimasa hadapan, insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 dan ahli2 PAS harus terbuka dan menerima kritikan atau teguran. Sebahagian pemimpin dan ahli PAS masih dgn cara lama yg tidak blh ditegur dan mudah menuduh org yg menegur itu sebagai ejen UMNO dsb.

Secara ikhlasnya segelintir pemimpin2 lama spt Harun Taib, Abu Bakar Chik, Mustafa Ali dll perlu digantikan dgn muka2 baru yg mendapat kepercayaan rakyat. Pemimpin2 tersebut perlu berlapang dada digugurkan. Perjuangan ikhlas memerlukan pengorbanan.

PAS perlu agresif dlm politik Malaysia yg "unik" ini.

dILA berkata...

"kita mahu BUKTI" kata ular-dalam-semak

you want prove??!!! wait till the PR13 and you will see your prove from the rakyat themself. that time don't you dare said that rakyat is stupit to choose BN because we rakyat has give PAS ample warning of what we want & don't want.

and since all pas members are soo primitif minded people, let me ramain you that :

IN POLITIC PERCEPTION IS EVERYTHING

pergilah buka buku strategy politic sikit, jangan asyik baca buku agama je, mana nak terbuka minda. Quran pun suruh kita BACA, BACA, BACA

Cucu Tok Nasir berkata...

Assalamualaikum...

Adalah menjadi satu kerugian jika pandangan akademik ditolak mentah-mentah oleh perwakilan. Perlu diingatkan bahawa jika ulama adalah pakar di dalam agama sama ada hukum agama dan pentadbiran agama, begitu jugalah seorang akademik. Pengajian dan penyelidikan mereka bukannya sedikit, malahan mereka memiliki dan memahami kekurangan yang dimiliki oleh sesuatu organisasi.

Persoalan kini, adakah PAS mahu menjadi seperti UMNO yang tidak boleh ditegur? Tidak belajarkah kita sebab dan akibat UMNO merudum yang disebabkan keangkuhan untuk mengakui kesilapan yang dibuat? Adakah kita mahu menjadi seperti iblis yang enggan sujud, kerana ego dengan asal-usulnya yang dirasakan lebih baik dari Adam? Adakah PAS sudah terlalu baik dari sudut pengurusan organisasi, pengurusan operasi, penjana strategi yang berkesan, adakah PAS terlalu baik dari teori dan praktis komunikasinya, malahan adakah apakah perancangan PAS untuk setahun, tiga tahun, lima tahun, 10 tahun dan seterusnya? Berapa banyak soal selidik yang dijalankan oleh PAS sepanjang kemenangan 2008? Mendaulatkan ISLAM adalah keutamaan dalam PAS, namun bagaimana strategi nak mendaulatkan itu yang dipersoal kini.

Pada saya, mencabar ahli akademik agar turun padang adalah hujah yang dangkal, malah menyerlahkan lagi tahap pemikiran yang dimiliki. Adalah satu kerugian jika seorang ahli akademik turun ke padang, memandangkan pemikiran yang dimilikinya mampu menjana lebih ramai pemikir, pengkaji serta pengamal di dalam masyarakat. Para penyelidik dan ahli akademik (kecuali yang pro-kerajaan)sentiasa mahukan yang terbaik untuk negara dan rakyat, dan dari menara gading mereka boleh lihat perjalanan yang berlaku? Dan dari itulah lahirnya pendapat dari Dr Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah. Amat merugikan kepada PAS jika ahli akademik takut dan menyampah untuk memberikan komen prestasi parti.

Pada hemat saya sebagai pemerhati, PAS banyak mendapat maklumat hanya dari persepsi orang sendiri yang mengatakan PAS berada dalam prestasi yang baik. Kehadiran ramai hadirin di dalam majlis yang dianjurkan PAS, laporan dari akhbar mahupun cakap-cakap kedai kopi tidak dapat dijadikan rujukan yang tepat. Persoalan saya, selama berjaya memerintah dengan jayanya, adakah wujud kajian atau bancian dari rumah ke rumah yang dibuat oleh PAS terhadap tahap kepuasan rakyat terhadap pemerintahan PAS mahupun pengurusan DUN. Jangan jadi macam di Bagan Pinang, apabila dilaporkan di dalam media parti sentiasa pengundi berbisik akan memberi sokongan, persoalannya adakah perkara itu benar-benar berlaku, sudah pastinya kita sedia maklum bahawa jawapannya adalah tidak.

Sebenarnya banyak kebaikan yang boleh diperolehi oleh PAS jika ahli akademik gemar memberikan komen kepada parti ini. Ini kerana para akademik melalui aktiviti kelasnya atau kajian ilmiah yang dilakukan oleh para pelajarnya mampu memperolehi akses persepsi masyarakat terhadap PAS yang dapat dijadikan input yang baik untuk perancangan PAS. Itu lebih tepat berbanding persepsi ahli-ahli yang selalunya terlepas pandang isu-isu yang perlu difokuskan.

Sesungguhnya apa yang dicorekkan ini adalah pandangan peribadi saya yang sayangkan PAS. Perlu diingat kita telah mencapai kemenangan, namun kita perlu mempertahankannya.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

salam
inilah masalah dlm PAS skrg...
xboleyy langsung nk bg pandangan...
setiap pandangan akn dianggap perkara negatif..
kalu camnie... aku nk ucap takziah siap2 kt PAS dlm PRU 13 nanti....
kpd geng2 PAS terengganu... korang buat laa PAS tue mcm korang punyerr....

toksara berkata...

Abu Bakar Chik (YB PAS-Tganu) seperti Ketua Pemuda PAS Pusat.....otak pekat dan sukar memahami dengan tuntutan semasa.Aku sokong apa yang diucapkan oleh Dr.Abu Hassan serta Dr.Ab.Aziz.Jika tidak kerana kumpulan intelek(Profesional) turut sama dalam PAS,aku yakin pimpinan jumud PAS terus syok dengan cara sendiri.

Tanpa Nama berkata...

ABC ni dok ingat dia tu hebat sangat.......kita kenai laa sapa dia tu...kalau TGNA dia boleh nista macam tu....tak heranlah kalau dia kata kat Prof Aziz Bari.....orang macam ABC ni tak layak langsung jadi pemimpin....akhlak tak ada langsung.....sOMBONG....orang berbahas mengenai persepsi tapi dia hentam peribadi....Perhimpunan Tahunan nanti keluaq kan orang ini dari sebarang JK pusat.......kepada Prof. Aziz Bari minta tarik balik lah hasrat tak mau tulis mengenai PAS lagi....tulis lah apa yang difikirkan sesuai bagi mengingat sikit puak-puak dalam PAS tu....jangan ingat dah selesa duduk dalam kepompong sendiri.....sampai tak boleh tegur langsung.......kalau ceramah kat orang selalu berbuih bercakap, "Qulil Haq walau kaana Murraa" bila kena tegoq sikit dah melenting....apa punya manusia.

pengundi PRESPSI berkata...

MANA MANA PARTI POLITIK YANG POSITIF TERHADAP PANDANGAN AKADEMIK ,AKAN MENJADI PRESPESI YANG POSITIF KEPADA PENGUNDI. PARTI POLITIK YANG DEMIKIAN DILIHAT SEBAGAI TIDAK TEPU(unsaturated) DAN ADA KEUPAYAAN/RUANG UNTUK BERKEMBANG SEIRIRING ZAMAN MAKANYA BOLEHLAH DISOKONG OLEH PENGUNDI.

Tanpa Nama berkata...

TOLAK PRESPESI ADALAH PRIMITIF
TOLAK AKEDEMIK SEKALI LAGI PRIMITIF

Abdullah Ngah berkata...

Ada benda yang boleh kita terima ada benda yang boleh kita tolak.

Pendapat Nabi ada yang tolak masakan pendapat manusia yang jahil lagi bodoh walaupun ada gelaran Dr dan PHD.

Kenapa saya kata begitu Profesor Madya Dr Hassan Hasbullah pernah buat kajian sokongan rakyat Terengganu pada PAS.

Kajian itu dibuat pada pilihanraya umum ke 12 lepas.

Kata beliau PAS dapat memerintah semula dengan status sokongan PAS mengatasi UMNO/BN.

Merdeka center yang berpengkalan di Bangi menghubungi saya bertanya kedudukan Idris Jusoh dan sokongannya.

Apa yang terjadi? PAS hanya menang 8 kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sahaja.

Apabila ditanya Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dia menjawab saat akhir sokongan pengundi muda beralih angin lari menyokong UMNO.

Beliau jahil dengan politik Terengganu, sebab itu kajian yang dibuat menjadi manipulasi yang seakan diyakin oleh kebanyakan para pemimpin PAS.

Sepanjang penglibatan sahaja dalam pilihanraya umum sejak tahun 1978, pengundi muda tidak pernah memihak kepada PAS.

Sebagai contoh, saluran empat dan lima PAS tidak pernah menang. Kalau menang pun hanya satu dua undi sahaja.

Inilah status pengundi muda di Terengganu. mengapa jadi demikian? kerana mereka sudah dapat wang ehsan sebanyak RM 200 setiap kepala.

Manakal pengundi tua juga demikian. Mereka dapat wang ehsan sebanyak RM 400 setiap kepala. Sebab itu saluran satu dan dua PAS tidak boleh menang.

Ingat cakap jangan sebarang cakap, kerana Allah sangat murka dengan manusia yang banyak menggunakan sangkaan, miskipun melalui kajian dengan responden sekalipun.

Hhhendak harapkan PKR memang tidak boleh harap, diberi banyak kerusi bertanding pun satu tidak memang. Cawangan pun tidak ada apa lagi peti undi.

AHLI NUJUM POLITIK berkata...

sdr abdullah ngah, pendapat akademik adalah fakta, bukan mitos bukan tiori. pihak umno/bn sentiasa pasang telinga untuk mengubah strategi walaupun main tipu. PAS TERENGGANU kalah kerana pengundi berpaling tadah kerana kecewa dengan penahanan "bas penggundi hantu" di marang oleh anak TGHH yang tersebar cepat melalui berita TV dan SMS> Harus diingat kemenangan mana mana parti dalam pilihan raya terletak kepada pengundi yang tidak berparti/ pengundi atas pagar...!!!

abdullahngah berkata...

kepada ahli nujum politik

bagi saya pendapat orang akademik adalah teori sahaja walaupun dibuat kajian, kerana yang dibuat berdasar kepala manusia yang boleh beri jawapan dengan pelbagai lakonan.

Manusia terdiri daripada pelbagai ragam dan pecambahan pemikiran yang boleh diolah dengan pelbagai bentuk.

Apabila ditanya mereka boleh jawap tetapi apakah jawapan yang diberi itu ikhlas atau sebaliknya. Orang PAS antaranya tidak mengaku dirinya Ahli penyokong PAS kerana takut dengan tindakan kerajaan.

Sebab itu saya berani katakan kajian yang dibuat orang akademik bukan fakta. Lebih lebih lagi dia bukan satu kajian yang sainstifik miskipun kaedahnya sudah mencapai tahap saintifik. itu hanya pengakuan mereka yang membuat kajian.

lebai kampong berkata...

sdr. abdullah ngah,
Contoh yang baik dimana akademik bercanggah dengan amalan (perlksanaan) ialah dalam bidang undang undang islam. Hukum potong tangan, rejam, sebat adalah bercanggah diantara pelajaran diusekolah/universiti dengan pentadbiran kerajaan. Dan lagi adakah hukum denda serentak dengan penjara/sebat dalam islam????