GOMBAK, 7 Nov :- Saya bukan alat pihak tertentu dalam mengeluarkan pandangan, demikian penegasan Dr. Abdul Aziz Bari semasa memberi ucapan dalam sesi percambahan minda di Seminar Memperkasa Parti di Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar disini.
Katanya lagi Strategi yang betul penting untuk memenangi hati rakyat. Adakah ucapan kita tidak sama dengan tindakan termasuk dalam kaitan dengan pakatan Rakyat.
"Parti memerlukan para pemimpim yang menjelaskan konsep kebajikan yang dibawa PAS." Katanya.
"PAS perlu mencapai dimana orang Islam mesra dengan Parti PAS. dan Saya tidak kisah dengan golongan yang menghentam saya. " jelasnya
Berliau juga berpandangan dan melihat PAS parti yang besar, perlu ada semacam anjakan perubahan sebelum PRU. PR akan akan datang coraknya akan berlainan.
Selain itu Dr. Aziz berpandangan soal pemilihan isu dan calon tidak ada maafkan untuk masa akan datang.
Katanya lagi Strategi yang betul penting untuk memenangi hati rakyat. Adakah ucapan kita tidak sama dengan tindakan termasuk dalam kaitan dengan pakatan Rakyat.
"Parti memerlukan para pemimpim yang menjelaskan konsep kebajikan yang dibawa PAS." Katanya.
"PAS perlu mencapai dimana orang Islam mesra dengan Parti PAS. dan Saya tidak kisah dengan golongan yang menghentam saya. " jelasnya
Berliau juga berpandangan dan melihat PAS parti yang besar, perlu ada semacam anjakan perubahan sebelum PRU. PR akan akan datang coraknya akan berlainan.
Selain itu Dr. Aziz berpandangan soal pemilihan isu dan calon tidak ada maafkan untuk masa akan datang.
18 ulasan:
Kalau bukan alat pihak tertentu mengapa cakap macam mahu menghancurkan dasar dan perjuangan PAS sehingga tergamak mengatakan lupakan islam.
Lupakan islam dilakukan oleh UMNO. Lebih lebih lagi Islam UMNO bukan Islam yang diajar Oleh Rasulullah SAW.
Kan Islam terdiri daripada 73 puak dan satu puak sahaja yang diterima oleh Allah, manakala 72 puak lagi sesat sesesatnya, termasuk orang UMNO.
Tidak dinafikan ramai orang yang bukan Ahli juga mempunyai fahaman sama dengan UMNO, kerana mereka menggunakan lojik akal bukan wahyu Allah.
Kita tidak boleh buat pandai diatas muka buminya. Kalau kita buat pandai lebih bijak dari Allah sudah tentu akan sesat sesesatnya.
Yang saya nampak Aziz Bari ni, bercakap dalam seminar PAS semalam berlapik sikit cakap dia.Konon atas tujuan yang baik, macma-macam lah. Masa temubual eksklusif Malaysiakini, bukan main celupar mulut mengata presiden PAS macam tak nampak langsung niat baik dia tu. Apa pun, tak pa la, kami husnuzan ikut macam Presiden cakap, orang baling mercun kat kita, perlu ka kita baling mercun juga. Yang pasti, aku memang satuju apa yang Datuk Abu Bakar Chik dan Ustaz Nasrudin Tantawi lakukan. Sebagai orang di sekeliling Presiden, kita memang wajar mempertahankan Presiden macam para sahabat pertahankan Nabi. Kalau bukan kita yang pertahankan, siapa yang nak pertahankan? Lagipun tuduhan diberi tanpa bukti, ayat yang keluar dari ahli akademik yang intelek konon pun teruk,nak "iya" kan juga?Tuan presiden tak pernah langgar perkara prinsip, masalah yang kita hadapi hanya bagaimana nak memajukan prestasi.
kita perlu keterbukaan dalam meneliti atau menerima isu yang dibawa.. kita seharusnya membuka minda...apa yg ditulis oleh prof. ada kebenarannya..sekira kita hendak islam terus mekar di bumi malaysia ini kita harus ada perubahan..pemimpin-pemimpin cuma alat kepada kesenambungan perjuangan.. mereka tidak perfek ada kelemaahan-kelemahan dan kebaikannya..kita sebagai masyarakat awam perlulah terbuka menerima kritikan atau pandangan daripada golongan penganilis cerdikpandai..mereka menganalisis jauh ke depan sedangkan kita... di mana...rugilah kiranya kita melenting bilaa menerima kritikan seperti itu... yang menjurus kepada kebaikan islam itu sendiri... sedangkan nabi pun menerima pandangan daripada sahabat...
harapan saya ..berfikirlah sebelum melontar kritikan kepada sesiapa saja yang ingin melihat kecemerlangan islam...
Salam YB
Dah mmg dasar puak ni. Kalau kena dgn selera, maka pendpat tu betul...adil..bijak. Bila tak kena.. maka pndpt tu salah.. toghut.. bodoh dn brmacam2 lgi kcaman.
Tu psal bila Umno brgbung ngan Mca tk bole..kafir. Bila puak tu brsgkongkol dgn kafir, bole plak.
"Kan Islam terdiri daripada 73 puak dan satu puak sahaja yang diterima oleh Allah, manakala 72 puak lagi sesat sesesatnya, termasuk orang UMNO."
Kepada Abdullah Ngah,apa yang saudara nyatakan adalah kenyataan yang sangat tidak berilmu dan tidak ada lansung hikmah beserta tanpa metod yang baik.Tuduhan saudara amat berat. Berhati hati dalam melabelkan orang lain sesat. Apa pandangan saudara jika pelabelan itu tidak benar. Maka amatlah dibimbangi ianya akan berpatah balik pada orang yang memberi kenyataan. Nauzubillah. Amalkan akhlak Islam. Jangan ikut emosi kepartian.
PAS gagal dalam merealisasikan Konsep Negara Berkebajikan yang menjadi moto utama dalam PRU 12 yang lalu...
Apa yang saya lihat terdapat juga segelintir Ahli serta penyokong PAS di selangor yang fanatik selepas menang. Ego semacam sahaja. Dengan masyarakat tak joint. Tiada mesra masyarakat... Khalid Samad sila pantau cawangan mana tu?
talibarut umnobn p main jauh2.. p cari rasuah .. cari projek... jangan kacau rumahtangga org!!
'dok kaki rempit' punya hujjah terlalu primitif...dangkal....mana bukti yang menyatakan umno+mic+mca+dll=kafir???? mana sumber ko dapat....sah utusan meloya,berita tv merapu....dan yg seangkatan dengannya....lu pikir la sendiri....
sdr. cina islam,
pemikiran seperti sdr.abdullah ngah tu terlalu ramai dalam parti pas. mereka baca feqah tapi tak baca usulluddin. mereka baca harakah dan tak mahu baca suratkhabar lain. mereka gosok gigi dengan kayu tak mahu pakai berus. satu bini terbiar nak pulok berbini dua. jubah tak payah basuh cuma tambah minyak atar...(BOLEH BINCANG DALAM MUKTAMAR)
masa pas belum menang dulu saya merasa selesa dan benar2 dapat menghayati dan menikmati keindahan berjuang dalam satu jamaah islam
skrg ini bilamana pas dapat berkongsi kuasa dibeberapa negeri perasaan spt dulu sudah semakin hambar dan rasa cinta pada parti semakin lama semakin kurang...
harap2 hanya saya seorang yg rasa macam tu...
Jika diperhatikan, terdapat banyak ulasan yang cuba melakukan provokasi terhadap perjuangan PAS serta pimpinannya. Semoga PAS berterusan mentarbiah ahli-ahli untuk berhati-hati menapis setiap ulasan atau informasi yang datang. Ya ALLAH, bantulah kami dalam perjuangan menegakkan agamaMU dan hancurkanlah tipu-daya pihak yang menentang kami dan menentangMU. Amin
Harap Ustaz lebih berhati-hati dalam memaparkan ulasan-ulasan yang diberi. Banyak terdapat ulasan yang cuba melakukan provokasi terhadap perjuangan PAS serta pimpinannya. Mereka menggunakan pentas kita untuk melaga-lagakan sesama kita dan menyerang kita. Moga PAS akan berterusan mentarbiah ahli-ahli dan penyokongnya agar berhati-hati menerima maklumat. Moga ALLAH memberi kekuatan kepada perjuangan PAS menegakkan agama Islam dan menghancurkan perancangan musuh-musuh Islam.
PERGI JAHANAM DENGAN KEBANGSAAN!
DAULATKAN ISLAM!
ALLAHUAKBAR!!!
Apa dia yang dimaksudkan hikmat dalam islam dan apa dia ilmu dalam konteks Islam.
Dalam islam bukan kajian sainstifik yang di perlukan, tetapi ialah bukti sainstifik yang jelas dan nyatakan yang pernah di sebut didalam Al Quran dan hadis nabi.
Semuanya lengkap dan tidak ada yang kurang. Yang kurang ialah hawa nafsu yang tidak mengaku kebenaran.
Saya ingin tahu apa dia yang dikatakan hikmat dalam konteks islam, sebab Ilmu islam berbeza dengan ilmu kafir yang kita junjung sekarang ini melalui sangkaan berlaka.
buat ini jadi begini macam matamatik sedangkan ia tidak demikian.
Adakah pimpinan dan ahli PAS tak boleh ditegur? Aziz Barri melihat dari sudut seorang profesional dan mewakili kebanyakkan masyarakat di Malaysia. Terimalah dengan positif, jangan merasakan kita ni betul saja, kita bukan nabi. Untuk Tanpa nama 11/07/2009 7:29 PM, aku setuju dengan kau, bila menang kebanyakkannya ego semacam jer.
saya amat pelik dgn segelintir pemimpin PAS yg mamberi reaksi terhadap intipati teguran prof aziz bari. nmpk mcm xbleh terima langsung sbarang teguran.kenapa melenting? terimala semua teguran kemudian buat kajian, betul ke x. jgn asyik hidup dlm kepompong selesa shaja. saya setuju sgt dgn teguran prof aziz bari.yg mana slah betulkan. xkan smpai para pengundi dah tolak PAS baru nak sedar? sedangkan nabi dan para sahabat pun bleh kene tegur, inikan pemimpin PAS. saya dah lama perhatikan semua ini, tp pemimpin PAS buat xtau je. bila kene tegur, melenting. golongan muda skrg bijak pandai menilai. pk2 kan la wahai golongan PAS yg masih lg kolot (bukan semua)...
jika pemimpin PAS tidak boleh ditegur, bermakna mereka tidak layak jadi pemimpin sebuah parti islam yang dasarnya Al-Quran dan Sunnah Nabi.
Manusia yang tidak menerima teguran, manusia yang tidak ada akal. (demikian pendapat saidina Umar RA).
Kita kena faham yang mana satu yang dikatakan teguran.Adakah apa yang diperkatakan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari itu beruapa teguran.
Kalau ia berupa teguran sila nyatakan mana satu teguran yang dibuat.
Adakah sarana supaya pas lupakan islam jika mahu menang dalam pilihanraya itu berupa teguran?
Dr Maahatir pernah berkata, tinggal dulu islam kalau mahu maju.
Adakah anda setuju? kalau anda setuju bermakna anda ada niat tidak buruk kepada PAS dan umat islam seluruhnya.
Adakah saranan jangan penting perkara remeh temeh seperti asingkan lelaki dengan perempuan yang pernah di lakukan oleh kerajaan PAS kelantan itu suatu teguran (saranan itu dibuat oleh Profesor Madya Mohd Agus Yusof).
Setahu saya saranan itu adalah saranan berdasarkan fahaman sekular yang menolak ajaran islam. Kita kena patuh dengan setiap ajaran yang sekecil kecil kepada sebesar besarnya.
Kalau perkara kecil kita tidak boleh patuh apa lagi dengan perkara yang besar.Sudah tentu kita tidak boleh pikul kerana betapa beratnya.
Yang ringan seperti tutup aurat tidak dapat dilaksanakan pada diri sendiri masakan perkara perkara yang besar.
Sekular memang melihat perkara kecil sebagai remah temeh tetapi ia besar maknanya kepada ajaran islam, termasuk dalam arena politik.
Sekular memisahkan agama dengan politik, tetapi islam politik tidak boleh dipihak dengan agama, kerana ia adalah panduan supaya kita tidak sesat jalan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
kalau tak boleh tegur dgn mulut tegur dgn kertas undi...
kalau tak boleh juga tegur dgn pedang atau senapang gajah ke...
Catat Ulasan