08 November 2009

Surat Pembaca : Perihal Berahim Ali dan wang ihsan

Dari : ANGIN LABUAN

ASSALAMUALAIKUM, SELAMAT SEJAHTERA...

PENGUMUMAN PERDANA MENTERI, DATO SERI MOHD NAJIB BAHAWA KELANTAN AKAN DIBERIKAN IHSAN SEBAGAI BANTUAN, DAN BUKANNYA ROYALTI BUKANLAH MENGEJUTKAN. MEMANG ITULAH SIKAP PEMIMPIN BARISAN NASIONAL YANG DALAM SATU KETIKA AMAT BERIA MENGHULURKAN SALAM PERPADUAN DENGAN PAS TERUTAMANYA, NAMUN SIKAP DENDAM DAN MENAFIKAN HAK PAS MERUPAKAN "TAHI" YANG TIDAK BOLEH DISELINDUNGKAN LAGI.

BOLEH DIFAHAMI MENGAPA PEMIMPIN UMNO AMAT MENGALU-ALUKAN IHSAN INI. MAKA MEREKA BOLEH BERKIRA-KIRA HABUAN YANG BAKAL DINIKMATI. JIKA KITA DIKEJUTKAN ALLAH DENGAN KEJADIAN STADIUM DAN MASJID RUNTUH DI TERENGGANU, APAKAH DENGAN TIDAK AMANAHNYA SALURAN WANG "ROYALTI" INI, MAKA PERANCANGAN DI KELANTAN YANG BAKAL DILAKSANAKAN DENGAN TIDAK AMANAH BAKAL MENERBITKAN PERKARA YANG SERUPA DI TERENGGANU? TERENGGANU KETIKA ITU AMAT KAYA DENGAN WANG IHSAN. NAMUN KERANA TAMAK KERANA MENDAPAT DUIT MUDAH, TIDAK DISALURKAN KE TANGAN PENGUASA PAS KETIKA ITU YANG DIPILIH OLEH RAKYAT, MAKA MUNGKIN AKAN ADA LAGI PROJEK "KHIANAT" YANG BAKAL DITUNJUKKAN ALLAH SEPERTI KEJADIAN STADIUM RUNTUH ITU.

NAMUN, SAYA TERTARIK DENGAN IBRAHIM ALI, SEORANG YANG BEGITU TEBAL MUKA DAN PERASAAN MALUNYA. KENAPA SAYA BERKATA DEMIKIAN? DIA SEDAR DIA BERTANDING DAN MEMENANGI KERUSI PARLIMEN PASIR MAS ATAS TIKET PAS. NAMUN DENGAN PENUH BANGGA, DIA MENGATAKAN DIA DIPILIH KERANA RAKYAT MEMILIH IBRAHIM ALI, BUKAN KERANA DIA CALON PAS.

BIARLAH DIA KEMBALI KEPADA UMNO. WALAUPUN UMNO TAHU SEJARAH IBRAHIM ALI, BIARLAH MEREKA MENERIMANYA. MUNGKIN SELEPAS INI JIKA PAK BERAHIM MENANG ATAS TIKET UMNO, DAN SELEPAS ITU DIA MENGAKU JADI CALON BEBAS, DAN KEMUDIAN MENGGIGIT PARTI YANG MEMBENARKANNYA BERTAPAK. AMBILLAH PAK BERAHIM TU, WAHAI UMNO.

NAMUN, TOPIK SEBENARNYA INI. SOKONGAN IBRAHIM ALI TENTANG WANG IHSAN KERAJAAN PUSAT KEPADA KERAJAAN KELANTAN TIDAKLAH SANGAT MENDAPAT PERHATIAN PIMPINAN PAS KELANTAN. BIARPUN HUJAHNYA, TIDAK PENTING KEPADA SIAPA WANG ITU DISALURKAN, YANG PENTING IA DISALURKAN KEPADA RAKYAT KELANTAN. CUMA SAYA SUKA BERTANYA KEPADA IBRAHIM ALI, JIKA KITA TUKARKAN SEDIKIT CERITA TENTANG WANG IHSAN INI.

BAYANGKAN JIKA GAJI DAN ELAUN SERTA PENDAPATAN IBARATKAN SEPERTI ROYALTI) IBRAHIM ALI TIDAK DISALURKAN KE AKAUN IBRAHIM ALI SEBAGAI KETUA DALAM KELUARGANYA. SEBALIKNYA SEMUA GAJINYA DISALURKAN TERUS KE AKAUN DATO ANNUAR MUSA, DAN DATO ANNUAR MUSA YANG AKAN MENGAGIHKAN KEPADA ISTERI IBRAHIM, ANAK-ANAKNYA, HUTANG RUMAH, BIL ELEKTRIK DAN AIR, DAN SEMUA PERIHAL RUMAHTANGGA IBRAHIM. MAKA IBRAHIM PUN BERTEMPIK "MANA BOLEH, AKU KETUA KELUARGA AKU. SEPATUTNYA AKU YANG MENGURUSKAN KEWANGAN NEGERI DAN RAKYAT KELUARGA AKU, BUKAN ANNUAR MUSA!".

MAKA KITA "BAGI" BALIK PADA IBRAHIM ALI, JANGAN POLITIKKAN SAMADA ROYALTI ATAU IHSAN, SAMADA MELALUI KAMU ATAU DATO ANNUAR MUSA. SALUR MELALUI DATO ANNUAR MUSA PUN, YANG PENTING AHLI KELUARGA KAMU YANG DAPAT MANFAAT WANG IHSAN TU... APA KATA PAK IBRAHIM ALI....????

11 ulasan:

amalhaj berkata...

mengapa mesti ada kata-kata jangan politikkan isu pada siapa yang mempolitikkannya terlebih awal? royalti atau ehsan tidak diberikan kepada yang empunya hak. ini bukankah telah di politikkan?

Tanpa Nama berkata...

stuju...

pisangemas81

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ berkata...

Mengikut hukum, negeri Trengganu dan Kelantan tidak layak pun kepada Royalti Minyak kerana minyak diperolehi dari perairan Malaysia, bukan di kawasan negeri-negeri berkenaan.

Memandangkan kedua-dua negeri itu adalah negeri Melayu, maka diberi juga bantuan 'special' yang boleh di'link'kan dengan minyak ini padahal negeri Melayu hasil negerinya kurang seperti Perlis tidak memperolehinya.

Jadi bersyukurlah kerana mendapat bantuan dalam pembangunan ini. Nak mengharapkan Melayu dari negeri-negeri lain sesama membangunkan negeri Kelantan tidak boleh kerana tidak dibenarkan membeli rumah-rumah di Kelantan itu.

Abdullah Ngah berkata...

wahai Ibrahim Ali, kalau betul kamu dipilih oleh rakyat atas nama Ibrahim Ali bukan atas nama calon PAS silalah letak jawatan dan bertanding semula di Parlimen Pasir Mas.

Itulah caranya sama ada benar benar kamu dipilih oleh rakyat Pasir Mas atas nama Ibrahim Ali.

Kalau tengok pada undi yang diberi oleh rakyat Pasir dalam pilihanraya kecil di pengkalan Pasir dahulu tak munasabah.

Masakan tidak. Ibrahim Ali hanya memperolehi undi 400 undi sahaja.Itulah undi yang diberi oleh rakyat pasir Mas.

Kalau tak percaya sila letak jawatan dan tanding semula dalam pilihanraya kecil Pasir Mas.

Nak tengok kalah ke menang ke barulah tahu Ibrahim Ali di pilih rakyat atau sebaliknya.

Siapa tak kenal dengan Ibrahim Ali. UMNO pecat seumor hidup dan tak mungkin diterima semula sebagai ahli.

Bercakap yang dia tidak akan menyertai UMNO hanya lakonan yang dilakonkan agar orang nilai yang dia masih seorang tokoh dan juara.

Juara laga lembu barangkali sesuai diberi gelaran, kerana kegiatan politiknya sejak dahulu hingga kini gambarnya ialah gambar orang tiada pendirian.

Cakap berdegar degar tapi ekornya penuh dengan tahi.

Tanpa Nama berkata...

PM kalau nak bagi wang ehsan ke, royalti ke, sedekah ke atau apa pun istilah, bagi ajelah terus kepada negeri. Bukan diuruskan dari pusat atau oleh orang BN. Bila diurus oleh BN atau dari Pusat, semua kos akan berganda. Jabatan kerajaan akan menjadi dua. Negeri ada jabatan, kerajaan pusat pun ada tubuhkan jabatan di negeri. Kakitangan jadi berganda. Bukankah kos diperlukan untuk membayar gaji dan operasi? Jimatkanlah duit rakyat tu..
BN terlalu tamak dan haloba. Janganlah tempah api neraka dalam perut yang buncit tu..

Tanpa Nama berkata...

Hukum mana yang anda ambil tu mulut melayu?

Sheikh Sambal berkata...

mulutmelayu,
apa punya kampung ko punya fikiran...perairan malaysia di kelantan & terengganu..abih tu sabah sarawak punya perairan sendiri lah sampai nun berpuluh2 batu nautika ke laut..?
hujah lembu betul!!

mat sabung berkata...

bai bahlul unta! punye hujah ko ni mulutmelayu!

masuksuku berkata...

salam pembaca
jangan marah mulut melayu atas kebodohan dia..mulut melayu umno tentunya..apa ke jadahnya dekat dengan kelantan tapi bukan kelantan punya..tapi kat sabah serawak tu tak pulak..
mulut melayu semua orang tahu..(tak semua ya)..mulut makan free..bercakap tak ikut otak..menyokong tak tentu hala..memaki hamun tak kena tempat..ini jenis yang tau sikit dari orang ke..media ke..lepas tu bercakap macam semua tahu..kawan hoi..professor pun ada yang bangang le..otak tak berapa cerdik..
jangan le tumbah lagi..guna lah nickname indon bodoh ke..mat bangla ke..mat afrika ke..jangan le guna mulut melayu..melayu ni berbudi bahasa..bukan macam lu..

lebai kampong berkata...

mulutmelayu,
a)
Telaga minyak tu kalau bukan dinegeri kelantan, maka dinegeri mana ?? Harus diingat bahawa MALAYSIA terdiri daripada negeri negeri dan wilayah persekutuan. Nah ! apakah telaga minyak tu berada di Wilayah Persekutuan ??...(Perlembagaan Malaysia m.s.1)
b)
Orang yang apabila berjanji tapi mungkir janji tu namanya MUNAFIK
c)
Orang yang mengurangkan sukatan dan timbangan akan ke NERAKA WEIL

Jebat berkata...

Boleh guna "mulut melayu UMNO" rasanya cantek....