08 November 2009

Ucapan dari Kelab Penyokong PAS kaum India.

Terkini 5.00 PM : GOMBAK : Kelab Penyokong PAS Kaum India di negeri Pahang dan Perak telah mencecah 20,000 orang dengan tidak mengambil kira jumlah di negeri lain di Malaysia.Demikian antara pendedahan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India, Sdr. Balasubramaniam semasa membahas ucapan utama Presiden sebentar tadi.

Beliau juga menegaskan ahli Kelab Penyokong India mendapat peluang yang lebih dalam majlis daerah dan perbandaran di negeri yang dimenangi oleh PAS.

Harapan beliau juga bahawa masalah Kelab penyokong India dapat diselesaikan dengan segera.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak fikir panjang sebelum menubuhkan KPP ini. Sekarang pimpinan PAS tersepit. Dulu masa nak pilihanraya semuanya ok, tapi sekarang bila mereka meminta status KPP, pimpinan PAS dok main tarik tali.

h berkata...

Apa susah sangat, panggil aja muktamar khas dan buat resolusi fasal 3 perlembagaan pas iaitu semua warga negara malaysia apa juga agama dan abangsa boleh menyertai parti pas habis cerita selesai masaalah apa orang umno nak kata itu dia punya pasal, tentu depa kat kerana dia takut kalah.sekian.

lebai kampong berkata...

tanpa nama, ini kerana mereka tidak dapat membezakan diantara POLITIK dengan PARTI. Ramai yang buat kerja pasang bendera pas diatas pokok mengaku sebagai AHLI POLITIK !!!

anakjatiperak berkata...

PAS 4 ALL. LA NI UMNO PUN TIRU...UMNO FOR ALL.

orang klang berkata...

saya rasa tak perlu dipertikaikan lagi.
langkah pas mengiktiraf KPP sebagai salah satu sayap parti adalah tepat dan betul.
ditempat saya tinggal diselangor,satu dun itu telah berpuluh tahun dikuasai oleh umno,namun hasil sokongan dan kerja keras kaum india pada hari pengundian pas dapat merampas kerusi itu walaupun calun umno seorang exco yg sangat berpengaruh diselangor.saya sangat terharu bila mengenangkan jasa2 kaum india kpd pas.
jadi utk menghargai jasa dan sokongan mereka patut sangat la KPP itu diiktiraf dan diterima dgn hati yg terbuka.

abdullahngah berkata...

orang klang

apa yang anda itu memang betul, tetapi sudah berlaku apabila memang dan memerintah selangor.

Macam macam karenah berlaku miskipun sudah memerintah.

Kenapa? tidak lain dan tidak bukan kerana orang bukan Islam itulah.

Tiga 0rang ADUN di Perak lari punca jatuhnya kerajaan miskipun hasil kejahatan BN.

Demikian juga Selangor sudah ada ADUN yang lari dari PKR.

Apa sudah jadi dengan ADUN pelabuhan Klang. Imej buruk atau imej baik setelah menang memerintah hasil undi orang bukan Islam.

Ini boleh kita jadikan iktibar lebih lebih lagi dalam dunia politik sekular dalam amalan demokrasi berparlimen.

Apa yang boleh PAS lakukan setelah kerusi yang diperolehi lebih kecil dengan DAP dan PKR nanti dari segi demokrasi.

Sekarang nampaknya sudah ada yang sakit hati dengan kes yang berlaku mengenai penjualan arak di Selangor.

Perlembagaan Malaysia dan perlembagaan negeri membenarkan arak dijual jika tidak mendapat bantahan dari kadar penduduk lebih ramai dari penduduk bukan Islam.

tetepi undang undang pejabat agama tidak membenarkan penjualan secara bebas.

Datok Dr Hassan Ali cuba dengan sedayaupaya berdasarkan undang undang yang diperuntukan oleh pejabat agama, tetapi malangnya sekali dianggap ia telah melakukan kesalahan besar, kerana melanggar perlembagaan negara dan undang undang kerajaan negeri.

Mereka lebih utamakan perlembagaan negara dan undang undang negeri dengan hukum Allah yang diluluskan oleh pejabat agama negeri. Apa ini semua.

Tidak dan tidak bukan kerana hendak jaga hati orang bukan islam supaya undi dalam pilihanraya akan tidak tidak hilang.

Kalau begitu bermakna jaga hati orang bukan lebih utama berbanding jaga agama Allah.

Mana lebih penting utamakan Allah dengan utamakan jaga hati bukan Islam.Fikirlah.Adakah itu ajaran Islam yang syumul?

Tanpa Nama berkata...

tongkat umno selama ini sudah makin hilang..kui..kui..kui..

pas tegar berkata...

abdullah ngah

tuam guru nik aziz sendiri telah mengiktiraf KPP...

anda siapa...? ejen umno...?