08 November 2009

Perbahasan Ucaputama Presiden.

Harakahdaily

3.08 petang

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shafawi mencadang agar tindakan tegas mesti diambil kepada siapa sahaja pembocor maklumat parti selama ini.

Katanya, beliau bertanya kenapa seminar ini dibuat secara terbuka, ada pimpinan memjawab, "kalau tertutup bagaimana pun, pagi esok akan keluar juga secara lengkap dalam blog dan media."

Katanya, imej dua pemimpin besar kita telah tercalar di mata masyarakat, bagaimana ada orang boleh tuduh Tuan Guru Presiden hendak masuk Umno dan mengajak ahli PAS ke arah itu.

"Dewan Pemuda PAS PUsat memberikan sokongan padu kepada kedua pimpinan parti dan mengucapkan tahniah kepada Ketuanya, Ustaz Nasruddin yang menulis di blog mempertahankan maruah pemimpin parti," tegasnya.

3.02 petang

Wakil Negeri Sembilan mengingatkan usaha tahaluf siyasi yang sewajarya mendatangkan keuntungan kepada Islam dan bukan merugikan.

Beliau membangkitkan tentang beberapa kejadian terutamanya di Selangor yang pengamalan agama terhalang dan menjadi perbincangan umum pula.

"Sebarang tindakan yang bercanggah dengan disiplin parti perlu diperteguhkan dan mereka yang bercanggah, tindakan mesti diambil," tegasnya.

Beliau juga berkata tidak mahu keadaan dua nakhoda dalam satu kapal yang boleh mengkaramkan kapal, ketika meminta penjelasan siapakah yang paling berautoriti membuat keputusan antara Presiden atau Mursyidul Am.

2.53 petang

Wakil Pahang sedang berucap dengan mengatakan, seminar ini sewajarnya melihat bagaimana untuk berjaya di dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Kita tidak perlu melihat dan mengambil isu dari luar untuk dibincangkan di dalam seminar ini," tegasnya.

Beliau juga bertanya apa yang PAS setiap negeri lakukan sekarang ini dalam usaha memenangi pengundi muda sedangkan Umno Trengganu peruntukkan sebanyak RM700 untuk seorang.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan mengamalkan akhlak berjemaah kerana sangat malang jika asas utama ini dikesampingkan dan mengajak sidang seminar agar bertekad teguhkan jemaah teruskan jihad.

2.50 petang

Wakil Selangor, Ustaz Solehin Mohyi di dalam ucapannya meminta Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali menjawab sendiri tentang berapa kali dan mengapa tidak dapat hadir di dalam beberapa pertemuan penting parti.

Beliau juga bertanya apakah perancangan Dr Hassan sebagai exco agama di Selangor dalam usaha meningkatkan usaha menarik minat masyarakat kepada parti dan kondisi Islam di Selangor.


2.40 petang

Wakil Kedah, Senator Mohamad Yusof Hussin berkata, Kedah pernah mengalami keadaan di mana PAS hanya tinggal lima kerusi sahaja pada satu ketika tetapi mengambil pendekatan untuk jadikannya sebagai cabaran.

Sehubungan itu, beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kedah berharap Presiden parti akan menerima situasi kini sebagai cabaran untuk menyusun langkah seterusnya bagi memenangi hari rakyat dalam negara ini.

Dalam melayani pihak media, beliau berharap jangan terlalu ramai jurucakap parti yang cakap berlainan antara satu sama lain yang akhirnya mengkucar-kacirkan pergerakan parti di peringkat bawah.

Sementara itu, Yusof juga meminta pimpinan Dewan Pemuda di semua peringkat agar dapat usahakan agar dilakukan usaha kembalikan sokongan golongan muda terhadap PAS.

Beliau juga mencadangkan agar kursus kepimpinan dan pengurusan parti sehingga ke peringkat cawangan yang pernah dianjurkan oleh Setiausaha Agong pada 1987, Ustaz Hassan Shukri dilakukan semula.

2 ulasan:

mie83 berkata...

semua kita mengharapkan agar gerakan islam (PAS) ini akan terus kukuh dan mantap bg memacu agama mulia ini di persada negara.

apapun yang berlaku biarlah dapat merapatkan saf kita dari kepimpinan tertinggi hinggalah bawahan.

Dan kepada mereka yg tidak memahami PAS sbg sebuah gerakan Islam, tolonglah pelajari dan fahami hakikat ini yg mana pejuang2 PAS tulen bukan sekadar mempunyai matlamat dunia tp apa yg lebih penting adalah matlamat redha Allah di Akhirat

Tanpa Nama berkata...

Dr,Hasan Ali kena banyak muhasabah diri,anda kena terima kritikan kawan& lawan dengan hati yg terbuka,jangan pandai motivate orang saja,ini baru kena sikit(itu pun angkara beliau sendiri buat PC)sudah turun jelajah selangor buat roadshow mencerita kebaikan diri dan menyalahkan orang yang kritik dia...pastu bila jumpa dalam majlis kalu kita tak hulur tangan dulu pakai tak salam lah,muka pun tak mesra alam...