Ahmad Baei Jaafar
Penahanan Mohd Asri oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam 2November 2009 dan kemudiannya dilepaskan tanpa didakwa keesokannya amat memalukan institusi agama di Negara ini. Apatah lagi institusi itu berada dalam pentadbiran kerajaan PR yang EXCOnya adalah PAS.
Menurut laporan malaysiakini, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang. Katanya ketika itu Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.
Menurut laporan itu lagi, Thalia Rohaina Abdul Latif, salah seorang peguam yang hadir di pejabat agama sementara menunggu dakwaan di mahkamah syariah di situ berkata, perkara ini tidak sepatutnya terjadi dan JAIS sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penahanan.
"Mereka (JAIS) datang menyerbu beliau di premis rakannya dan pada waktu itu beliau sedang menikmati makan malam, dan bukannya sedang memberikan ceramah seperti yang didakwa,” kata Thalia.
Star online dalam laporannya pula menyebut sejumlah pegawai penguatkuasa agama dan polis sampai ke premis tersebut pada 9.30 malam untuk menahan Dr Asri. Namun mereka tidak dibenarkan masuk oleh pengikutnya yang berada di luar premis.
Walau bagaimana mereka dibenarkan masuk pada jam 12 tengah malam yang ketika itu Asri baru selesai makan malam. Beliau ditahan atas kesalahan memberi ceramah tanpa tauliah kerajaan Selangor.
Peliknya anggota polis yang dilibatkan dalam penahanan itu turut bertindak tidak profesional seperti pegawai penguatkuasa agama. Lazimnya polis akan bertindak apabila kes berlaku di hadapan mata, kalau tidak akan dilepaskan.
Tetapi pegawai agama yang mendakwa Asri berceramah tanpa tauliah menahannya dengan bantuan polis semasa beliau tidak berceramah. Tentulah tindakan itu tidak profesional kerana menahan tanpa sebab dan bukti yang sah.
Oleh sebab itu Jais dan pejabat agama dalam hal ini seharus bertindak secara profesional dalam menjalankan tugas supaya orang ramai tidak mengekalkan persepsi mereka bahawa pejabat agama memang low class. Dalam hal ini, kita mengalu-alukan semakan semula tentang syarat permohonan tauliah.
Di Selangor sejak kerajaan pimpinan PR, masjid dan surau malah di mana-mana meriah dengan pengajian agama. Sedangkan guru bertauliah amat sedikit dan sesetengahnya tidak mampu menarik minat orang ramai untuk belajar (kerana penceramah yang tidak bermutu).
Jadi, kebenaran tanpa tauliah boleh diberi kepada golongan pensyarah universiti tempatan. Setidak-tidaknya permudahkan urusan memberi kebenaran kepada pihak penganjur bagi menjemput penceramah berkenaan.

5 ulasan:
keseluruhan cerita tentang pegawai jabatan agama adalah mengenai ego pihak masing-masing janji ada alasan untuk menang tiada kalah dalam hidupnya.
disebabkan satu perkara kecil sahaja iaitu aduan seorang awam yang tidak dikenali kepada jabatan agama telah timbul jadi isu besar, jadi kita tanyalah diri sendiri orang awam itu siapa dia? adakah orang itu terkenal?
moral of the story jangan jadi publisiti murahan boleh bawa ketawa rakyat.
penghujung cerita novel ini yang aku nak labelkan sebagai tajuk "Cemburu aku kerana ilmu seorang ustaz Dr.Asri menjadi terkenal"
Nak ceritakan kebenaran islam perlu permit atau tauliah???
kerja orang pejabat jabatan agama tak kira pangkat apa punlah, kalau ada orang minta zakat dan memohon borang akad nikah memang buat kerja gila2 dan memberi kesusahan kepada orang awam, mereka hanya tahu duduk dalam pejabat kena penghawa dingin sahaja kalau suruh tangkap maksiat perjudian memang hampa kena ada aduan dari orang awam barulah ambil tindakan.
tak kira mana2 pegawai jabatan agama dibawah naungan negeri pakatan rakyat atau kerajaan umno bn
mereka tak sedarkan diri mereka berkhidmat untuk Allah bukan kerajaan umno bn atau pakatan rakyat.
tauliah hanya syarat.kita kalau ilmu tinggi mana pun,kena ikut syarat.mcm nk jadi guru,kita ada phd pun kena amik ijazah pendidikan.mana boleh masuk je sekolah,saya ada ilmu tinggi,saya bekas MUFTI.boleh terus mengajar.isunya,ust asri ni mcm budak2.kecoh sana sini.apa salahnya jumpa jais sendiri.ckp pasai isu tauliah ni.w-pun jais dh beri peluang jumpa,amikk tauliah.free je.kenapa x nak?sbb EGO.fikirlah sume ni,ujian utk dr asri juga,bkn pd jais shj.
ASsalamualaikum...
tentang hal ini, berdasarkan sdikit pengetahuan ttg undang2, semua yg berceramah perlu memohon tauliah dari negeri2 yg hendak diberi ceramah.. (w/pun sebenarnya byk kekalutan yg akan diulas dibawah...) Dari hal peraturan jika sebagai orang awam, saya sedikit bersetuju dengan Dato HArussani Zakaria.
Dr mohd ASri sbg bekas mufti TAHU tentang perkara ini, w/pun dia mendakwa dia tidak pernah melaksanakan perkara ini ketika dia menjadi mufti (benar atau tidak, ALLAH saja yg tahu). Semua yg hendak berceramah di masjid, perlu memohon tauliah.
Ramai yg tahu bagaimana tauliah diberikan, semua berdasarkan kehendak pemerintah semasa samada negeri atau pusat. Masakan Dr Haron DIn, Ust Ismail Kamus, Allahayrham Dato Ishak Baharom sendiri tidak mempunyai tauliah, malah keilmuannya diakui masyarakat. namun kerana mereka ini bercakap benar mengenai pelabagi perkara bahkan mengenai undang-undang Islam, yang senada dengan PAS, maka tauliah ditarik semula. Senada ini bukan semata-mata kerana mereka ini menyokong PAS, sebaliknya bersumberkan Al Quran dan Hadis. Penarikan ini adakah berdasarkan kesalahan ilmu mereka, atau berdasarkan kehendak pemerintah semata?
Namun, masih terlalu awal untuk menghukum mana-mana pihak. Boleh jadi dengan isu Dr Hasan Ali dikatakan MT "bermasalah" dalam PAS mengenai kerajaan perpaduan, mahupun sedikit pergolakan dalam kerajaan negeri Selangor, rungutan atau aduan oleh "mungkin" samada org PAS sendiri, org UMNO atau sesiapa saja yg membuatkan JAIS mengambil tindakan ke atas Dr MOhd Asri, yg secara tidak langsung memberikan kesan kepada Dr Hasan Ali, sebagai jawatan exconya dan juga sebagai pesuruhjaya PAS Selangor.
Atau sabotaj dari pegawai JAIS pro umno, atau tekanan dari UMNO supaya dengan kejadian ini, memberikan imej negatif terus kepada PAS selangor khususnya.
Apa pun, kejadian ini ada hikmahnya. Dr HAsan Ali boleh bersemuka dengan pegawai JAIS memohon penjelasan. Juga tiada siapa yang kebal dari tauliah, hatta dr mohd asri sendiri. Namun, jika Dr Hasan Ali bertindak membalas dendam tidak memberi ruang kepada penceramah menyampaikan ilmu kepada masyarakat hanya kerana tidak menyokong PAS, bukan berdasarkan keilmuan, apa bezanya dengan UMNO?
Ulasan ketika keributan hal ini mengenai dakwaan Dr MOhd Asri memalsukan ijazahnya amat serius. Dakwaan ini wajib disiasat kerana melibatkan maruah, bahkan pandangan masyarakat terhadap pendakwa tersebut dan Dr Mohd Asri sendiri.
-Angin LAbuan
Catat Ulasan