5.15 PM :Seminar Memperkasakan Parti berada dipenghujungnya apabila Pengarah Program, YB. Salahuddin Ayob membacakan resolusi seminar . Antara intipatinya ialah untuk terus memperkasakan Pakatan Rakyat disemua peringkat.
Semua saf kepimpinan dan peserta berdiri untuk memberi kata setuju kepada resolusi yang dibentang sebentar tadi.
Semua saf kepimpinan dan peserta berdiri untuk memberi kata setuju kepada resolusi yang dibentang sebentar tadi.
5 ulasan:
assalamualaikum,
sepatutnya resolusinya adalah perkasakan umat islam.
kalau setiap kali ucapan politik asyik sebut 'perkasakan pakatan rakyat', 'kena ikut semangat pakatan rakyat', alih2 nanti niat kita yg awal iaitu utk menegakkan islam akan tergelincir (sila belajar sikit psikologi manusia). ingatlah kita ni, manusia, adalah insan yg lemah (baca terjemahan alquran).
tapi yg kelakarnya, tak ikut semangat pakatan rakyat, kita perlu pecat org itu. hmmmm... terkenang saya kepada barisan nasional, parti yesman. agaknya pakatan rakyat pun nak jadi pakatan yesman kot?
bila ada perbezaan pendapat je nak bertegang leher, nak pecat memecat. bukankah ALLAH membenarkan kita berbeza pendapat selagi tidak melampaui batasan2 yg tertentu?
bilalah agaknya kesemua, diulangi kesemua pemimpin dlm pas, dpt meraikan perbezaan pendapat macam imam syafie, maliki, hanafi dan hambali, yg apabila terdapat perbezaan pendapat antara mereka, mereka takde lah pulak nak berpecah belah,pulau memulau, tp sebaliknya siap mendoakan kebaikan pula. hmmmmm
ini tidak, perbezaan pendapat dlm pandangan politik (isu UG) je pun nak bertelagah. sedih dan merugikan umat islam sahaja............
ingatlah, sepanjang hidup kita, kita takkan dpt lari dr berbeza pendapat. jd, raikanlah selagi pendapat itu tidak melanggar batasan yg ditetapkan.
wallahualam.
Alhamdulillah. Sekarang resolusi telah ada dan telah disepakati bersama. Segala permasalahan dalaman hendaklah selesai bermula daripada saat ini. Bermula malam ini, agenda yang harus dimainkan ialah untuk terus berusaha menjayakan misi ke arah kemenangan pakatan rakyat untuk PRU13. Segala sengketa yang berlaku harus dihentikan. Jangan ada lagi isu2 yang remeh untuk dibesarkan. Masing2 sebagai pemimpin harus berfikir jauh tanpa prejudis dan untuk kepentingan diri sendiri. Bersama berusaha dan menyelesaikan masalah secara berhemah. Rakyat sentiasa memerhati dan pihak lawan sentiasa berusaha untuk menjatuhkan kita. Kepada pihak yang suka membocorkan hal dalaman parti, mereka ini harus dibuang jauh-jauh. Mereka tidak layak untuk bergelar seorang pemimpin Islam. Mereka inilah musuh dalam selimut yang sentiasa membawa sengketa dan suka mencari publisiti murahan.
Jauh disudut hati saya dan kami semua yang menyokong pakatan rakyat adalah untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara baru yang adil dan berkebajikan. Harus diingat bahawa agenda dan isu murahan telah tidak menjadi persoalan lagi. Kami sebagai rakyat juga telah muak dan loya dengan isu yang terlalu remeh. Jangan kita menjadi mangsa kepada tipu daya pihak lawan. Semoga dengan seminar ini, semua pihak membuka mata dan hati untuk melakukan perubahan. Saya bersetju dengan pandangan Prof Aziz Bari bahawa PAS juga harus melihat akan kelemahan diri dan tidak hanya menuding jari kerana jika menuding jari, masalah tidak akan selesai. Jika ada kelemahan, berusaha untuk memperbaiki. InsyaAllah. Takbir
perkasa memanglah kena memperkasakan parti tapi kalu dalam pengulungan presiden masih dok sebut**kita terbuka untuk berunding dgn mana2 pihak demi kebaikan***uuuhhh carilah ayat lain atau jangan sebut/ulang lagi ayat tu..yang dapat bencana ialah parti dan kami ahli2 marhein ni....
...masyaallah...adakah islam menutup pintu rundingan untuk tujuan kebaikan?
kami penyokong serabut tengok pimpinan bertegang leher dalam hal yang remeh temah.biar budak budak sudah la
Catat Ulasan