10 Julai 2011

Orang bertali arus ziarahi Allahyarham Baharudin


Gambar kiriman : Amran harun.

7 Syaaban 1432H. [MOD] -

Harakahdaily

(Keluarga terdekat Baharudin memberikan penghormatan terakhir)

KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.

Yang sudah tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.

Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.

Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.

Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.

Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.


(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)

(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

menurut sumber yg berada di tempat insiden berlaku.. polis yg berkawal di situ sengaja melambatkan bantuan padahal mangsa sudah jatuh pengsan pada tika itu. polis bahkan menarik grill besi utk mghalang bantuan dari luar mahupun mangsa dibawa keluar utk dibantu oleh org awam yg berada di sekeliling. polis jugak mengeluarkan perkataan kesat "padan muka, dah nak sangat kan.." sebagai respon pada mangsa yg sedang pengsan pada waktu tu. malangnya, tiada rakaman yg sempat dibuat akan situasi yg sebenar. polis langsung takde perikemanusiaan!!!