Muhammad Nuruddin Bashah
Rakyat Malaysia cuba didik ala-ala haiwan ternak apabila soal untung, perut dan periuk nasi dibangkit dan digembar gemburkan untuk mengambarkan betapa himpunan ribuan rakyat untuk BERSIH kali ini cukup merosakkan ekonomi negara.
Lebih lucu peniaga sekitar masjid Jamek, Puduraya, Masjid India juga menutup kedai berhari-hari sepanjang Raja Cina dan Raja Puasa tanpa rasa rugi. Inikan pula hanya menutup separuh hari? Sumber kuat menyatakan, sebelah petang dan malam, gerai yang berani membuka jualan diserbu oleh para rakyat yang datang dari jauh untuk membeli barangan sebagai oleh-oleh selepas kembali ke negeri masing-masing.
Di saat rakyat ingin didik tentang kepincangan demokrasi, hal pilihanraya yang cukup bejat, 88 nama pengundi untuk satu alamat, IC segera diberi kepada rakyat asing, di saat itu, media pro zalim mengumandangkan isu betapa terjejasnya periuk nasi peniaga KL.
Lawak apabila para penjual tiket di Pudu ditemubual oleh TV3 menyatakan bahawa tiket mereka tidak laku. Sedangkan semua mengetahui tiket keluar dari KL sold out sehari sebelum perhimpunan kerana gertakan dan ugutan polis dan media BN terhadap penduduk KL sendiri.
Para peniaga diserbu pada sebelah pagi 9 Julai, peniaga hotel diserbu ala-ala tentera Ramses II memburu Nabi Musa dan tentera Herodes yang Agung memburu bayi bernama Nabi Isa suatu ketika dahulu. Pintu hotel dihentak dan ditendang. Yang selamat adalah rakyat yang membutakan tidur tanpa melayan polis untuk membuka pintu bilik mereka. Rakyat ditakutkan dengan kereta meriam air FRU, digertak dengan kehadiran ramai anggota beruniform. Adakah berani peniaga membuka kedai jika begitu cara BN menakutkan rakyat?

Dahulu semasa BERSIH satu diadakan, peniaga kitab di masjid India menyatakan bahawa mereka untung besar kerana rata-rata peserta BERSIH ramai juga golongan ustaz, pelajar agama daripada pantai timur dan utara tanahair. Ramai juga peniaga mengakui tudung dan jubah wanita laris kerana golonga perempuan dan remahaj wanita turut menyertai himpunan tersebut. Kenapa tiada isu peniaga rugi?
Jawapnnya ialah BERSIH 1, BN dan polis tidak menjangkakan sokongan BERSIH mencapai puluhan ribu. Malah BN tidak tergambar bahawa semua kaum akan bersatu atas nama BERSIHkan pilihanraya yang kotor tajaan mereka. Jadi para peniaga mebuka premis seperti biasa dan si peserta perhimpunan mengambil peluang ‘bershoping’ sambil berhimpun.
Jika dibuat soal selidik secara adil, rakyat akan memberi komentar berlawanan dengan soal selidik ala provokatif media picisan seperti TV 3. Tiada siapa yang nampak para peserta perhimpunan yang membuat kacau, memecahkan kedai, merosak harta awam melainkan ketakutan itu berpunca daripada tindakan PDRM!
Cukup jelek apabila menonton berita TV 3 yang memaparkan fakta-fakta kononnya fakta sahih berkenaan perhimpunan. Dikatakan polis menjalankan kerja tanpa menitiskan darah. Sya rasa rakyat sekejap sahaja akan mengetahui berita jelas betapa beberapa orang peserta termasuk yang Berhormat dicederakan oleh polis sehingga terpaksa menerima jahitan di kepala.
Jika rakyat Malaysia masih berfikir soal premis tidak laris, isu tiket bas tidak laku dalam setengah hari, soal perut tidak diisi, rakyat Malaysia tidak layak membuang kertas undi kerana masih berminda TADIKA!
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
2 ulasan:
Ini semua adalah salah polis..
Polis yang arahkan semua perkhidmatan teksi, bas lrt di hentikan
Polis yang arahkan semua pintu masuk di tutup
Polis yang arahkan semua laluan ke KL di lencongkan dan tiada siapa di benarkan berada dalam kawasan larangan.
Jadi, siapa yang membuat dan merancan kesusahan ini.
BERSI tidak sekali2 mengarahkannya.
Jadi siapa??????
Orang itulah yang patut di salahkan.
berita tv3 bout is STUPID and NONSENSE! mereka melaporkan berita dengan penuh kesewelan dan kejelikan. macam tak makan sebulan lagaknya..eh, lupa..kan ekonomi negara lumpuh sebab perhimpunan bersih, dats why la diorang tak dapat carik makanan kowt.. ;)
dasar tv3 lidah bercabang 10!!!
geng kuning, one of rainbow colors
Catat Ulasan