23 Julai 2011

PAS Akan Bertanding Parlimen Miri

21 Syaaban 1432H. [MOD] -
PAS Miri

PAS menegaskan akan bertanding dalam parliamen Miri dalam pilihanraya umum ke 13 (PR13) nanti. PAS Miri sudah bersedia dengan calon yang ada potensi untuk menawan Miri. PAS akan meletak calon yang professional dari kalangan penduduk tempatan yang mempunyai ramai keluarga,saudara mara dan sahabat handai yang akan membantu PAS dalam misi menawan Miri. Calon tersebut boleh menguasai banyak bahasa termasuk bahasa
tempatan. Calon tersebut juga sesuai dan boleh di terima oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Sekali lagi kita tegaskan tujuan utama PAS bertanding dalam kawasan bandar dan majority bukan Islam adalah untuk menunjukan bahawa PAS boleh di terima oleh semua bangsa dan agama serta bukan parti perkauman dan extrimis. PAS yakin dengan adanya kerjasama dalam Pakatan PAS boleh menawan parlimen Miri.

Walaupun rakan dalam Pakatan seperti DAP dan PKR juga ingin meletak calon masing-masing kita dalam Pakatan akan berunding untuk tentukan calon terbaik dari Pakatan untuk bertanding dalam parlimen Miri nanti. Sekiranya tidak ada penyelesaian di peringkat kawasan kita serah pada negeri dan pimpinan pusat untuk kata putus.

Setiap rakan dalam Pakatan Rakyat harus menghormati keputusan dari pimpinan pusat sekiranya mahu Pakatan menguasai Parlimen Malaysia dan menuju ke Putra Jaya. Hanya dengan adanya kerjasama dalam Pakatan Rakyat pembangkang di Malaysia dapat menawan Putra Jaya. Jangan adanya sikap tamak dan ego semasa pembahagian kerusi nanti menyebabkan Pakatan Rakyat gagal sekali lagi menawan atau menumbang kerajaan BN.

Harap dapat kerjasama sepenuhnya dari rakan Pakatan demi mencapai impian dan kebajikan rakyat.

PAS untuk semua

Yang Menjalankan Amanah
Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Tiada ulasan: