23 Julai 2011

BN kian terdesak dan tidak rasional malah telah menjadi semacam tidak siuman.

21 Syaaban 1432H. [MOD] -

Tindakan kerajaan BN pimpinan Najib Razak telah tersilap langkah apabila mengarahkan pihak imegresen menangkap Peguam Perancis (William Bourdon) ketika pesawatnya mendarat di KLIA semalam.

Walhal William Bourdon merupakan peguam yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Apakah kesalahan dan jenayah yang telah beliau lakukan sehingga dilayan seperti penjenayah?

Tindakan tersebut disusuli dengan arahan oleh Najib Razak supaya peguam tersebut dihantat pulang segera ke negaranya kerana khuatir maklumat jenayah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri tersebar ke seluruh negara.

Bagi saya tindakan tersebut telah memberikan imej yang tidak baik terhadap Malaysia di mata dunia, selain itu ianya memberi gambaran tentang kebebasan bersuara yang semacam disekat di Malaysia.

Saya fikir rakyat negara ini perlu khuatir sebagai warga Malaysia jika berhasrat mahu bercuti keluar Negara. Rasa bimbang mungkin ada sekiranya pihak lain bertindak bals kepada rakyat Malaysia yang datang ke negara tersebut khususnya Perancis.

Tindakan Najib Razak selaku Perdana Menteri telah mencerminkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang paling lemah, mereka dibayangi dengan ketakutan kepada oleh pendedahan tentang penyelewengan yang dilakukan kepada umum.

Tidak ubah seperti kisah-kisah pemimpin kotor yang diambarkan dalam filem Tamil.

Selepas Nasjib berbohong kepada Perdana Menteri Britain mengenai Himpunan Bersih, kini pentadbirannya menghalau seorang warga Perancis yang masuk ke Malaysia secara sah dengan tanpa sebab dan alasan yang kukuh

Tindakan yang saya rasa melambangkan betapa Najib dalam ketakutan untuk mermpertahankan kuasa dipenghujung usianya.

Justeru saya amat optimis bahawa Umno-Bn sememangnya akan tersungkur di tangan kuasa dan gelombang rakyat pada PRU 13 nanti di mana berdasarkan rentetan demi rentetan langkah yang diambil Umno-BN jelas menggambarkan kepada kita bahawa mereka kian terdesak dan tidak rasional malah telah menjadi semacam tidak siuman.

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
PARIT BUNTAR, 23 Julai 2011

3 ulasan:

Unknown berkata...

memang pun tengah terdesak dan tak lena tidur dibuatnya. dalam pada bising-bising lawan bersih, puak dalam umno dah tubuhkan Amanah, lagilah haru biru. puak ni lama kelamaan akan gunakan Amanah sebagai batu loncatan untuk ke arah lain. jadi, sebenarnya dalawm perut umno sendiri sudah bergejolak bermacam masalah, skandal pemimpin memang tak boleh nak tutup, tutup KL, di Paris dedah pula, habis nak lari ke mana, zaman dah berubah,kena terima hakikatlah. pengusiran peguam ini akan menjadi sejarah buat kekalutan pemimpin negara yang baru bertemu orang kanan di Britain dan Vatican, kalau dikatakan malaysia ni aman tak ada apa-apa, hakikatnya macam gunung berapi... zaman kesedaran rakyat. sebab selama ini mulut dah diplaster dek umno.

Tanpa Nama berkata...

Wahai rakyat msia terutama melayu,
fikirlah dan insaflah,
bahawa umno gagal mentadbir,
gagal mempertahankan kedaulatan,
skrg sudah takut dgn siasatan tentang
pembelian scorpene. menunjukkan
najib amat takut dgn siasatan brkaitan
beli kapal selam itu.
sokonglah pakatan rakyat, jika
pakatan rakyat tidak adil,
maka sokonglah parti yg adil lain.

jarum mas berkata...

najib di penhujung senja.