02 Julai 2011

Syria terus bergolak : Sembilan penunjuk perasaan maut

30 Rejab 1432H. [MOD] -

AMMAN 1 Julai - Tentera Syria menembak mati sembilan penunjuk perasaan hari ini di samping berpuluh-puluh ribu rakyat masih mengadakan demonstrasi besar-besaran sejak pemberontakan Syria Mac lalu bagi menggesa Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.

Menurut Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, tiga penunjuk perasaan ditembak mati di pusat bandar Homs, tiga di wilayah utara Idlib, dua di pinggir bandar Damsyik dan satu di Latakia.

Ingkar dengan tindakan keras ketenteraan Assad, penunjuk perasaan mula membanjiri jalan-jalan utama bandar itu selepas sembahyang Jumaat, termasuk di bandar-bandar berhampiran sempadan Lubnan barat hingga kawasan padang pasir berhampiran timur Iraq. - REUTERS

Tiada ulasan: