24 Ogos 2011

Gaddafi sedia berundur

24 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ZAGREB: Bekas Presiden Croatia, Stipe Mesic, berkata Muammar Gaddafi bersedia untuk berundur daripada politik jika Nato menghentikan serangan ke atas Libya.

Dikenali sebagai rakan karib Gaddafi, Mesic berkata, pemimpin Libya itu memberitahunya mengenai hasrat bersara daripada politik baru-baru ini.

“Ia membuka ruang kepada sistem pelbagai parti, tetapi semuanya hanya boleh dilakukan apabila Nato menghentikan serangannya,” katanya.

Mesic berkata, dia menerima “mesej lisan” daripada Gaddafi minggu lalu dan memaklumkan mengenai hasrat itu kepada duta China, Russia dan Amerika Syarikat di Croatia. Gaddafi dan Mesic bersahabat sejak sekian lama. Pada 1970-an, Mesic pernah mengetuai sebuah syarikat Yugoslavia membina apartmen di Libya. - AFP

1 ulasan:

juragan berkata...

kerana Muaamar ghadafi lah Libya menjadi negara diafika yg maju memperolihi hasil minyak melimpah ruah untuk kemajuan Libya...sendainyai tiada lagi Muammar ghadafi nescaya akan lahirlah pemimpin yg berkiblat barat dan hasil minyak akan dirampas olih mereka