04 September 2011

Najib , kau pulang jua...

6 Syawal 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini di Perth, Australia memendekkan lawatannya itu dan pulang ke Kuala Lumpur bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang hari ini.

Beliau dilaporkan berada di Australia beberapa hari lepas dan ddikatakan tiada di Malaysia semasa rakyat merayakan hari kemerdekaaan negara pada 31 ogos yang lepas.

NONETindakan itu bagi menyambut ketibaan jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dari Mogadishu, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi di Somalia pada Jumaat lalu.

Noramfaizul 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain.
Mereka berada di Mogadishu bagi mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Allahyarham telah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Malaysia di seberang laut yang bertujuan untuk menolong mereka yang amat memerlukan bantuan.

Berita mengenai Najib meninggalkan negara pada tarikh 31 Ogos setakat ini belum dinafikan oleh pihak dirinya sendiri.


1 ulasan:

akbajalil berkata...

Bukan sahaja Najib, malah kita semua akan pulang jua ke negeri asal kita di akhirat bila sampai masanya. Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita dikembalikan.