23 Oktober 2011

Jenazah Gaddafi terus diaib


25 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
MISRATA 22 Okt. – Jenazah Muammar Gaddafi yang berlumuran darah selepas terbunuh dalam satu serangan kelmarin kini umpama ‘bahan pameran’ apabila diletakkan di dalam bilik sejuk beku di sebuah pusat membeli-belah di Misrata.

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu berlaku ketika pihak berkuasa Libya terus berbalah mengenai apa yang perlu ‘dilakukan’ terhadap jenazah Gaddafi.

Pelbagai pihak menuntut jenazah Gaddafi termasuk tentera dari Misrata yang mendakwa ia adalah miliknya, sekali gus menangguhkan pengkebumian Gaddafi semalam.

Di Misrata, penduduk berbaris panjang untuk melihat jenazah Gaddafi yang dibaringkan dengan beralas tilam di dalam bilik sejuk beku di pusat membeli-belah itu.

Pada awalnya, pihak berkuasa merahsiakan lokasi jenazah Gaddafi ditempatkan namun selepas maklumat itu tersebar, orang ramai bertindak menyerbu pusat membeli-belah berkenaan.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak dilihat berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama jenazah Gaddafi.

Kesan tembakan di dada, abdomen dan bahagian kiri kepalanya masih jelas kelihatan.

Sementara itu, dalam video terbaru yang muncul berkaitan Gaddafi, ia memaparkan imej bekas pemimpin Libya itu telah diseksa dan dipukul oleh tentera kerajaan ketika mereka mengheretnya keluar dari lokasi persembunyian.

Bagaimanapun, pembunuhan Gaddafi kelmarin masih diselubungi kekeliruan apabila banyak persoalan yang timbul berkaitan kematiannya.

Seorang lelaki, Sanad al-Sadek al-Ureibi muncul mendakwa menjadi individu yang menangkap serta menembak Gaddafi. Dakwaan itu bercanggah dengan laporan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan Gaddafi mungkin ditembak mati selepas ditangkap hidup-hidup. – Agensi

3 ulasan:

dAnIeL iSkAnDaR berkata...

ckp kejam..krana dendam sudah lupa nilai2 yg diajar oleh agama...janan ingat mereka2 ini telah dijanjikan syurga oleh Allah...dan ingatlah Rasulullah pernah bersabda bahawa barang siapa sebelum meninggal menyebut nama ALLAH,insyaAllah dijanjikan syurga..la khollal jannah...dan almarhum sblm kematiannya menyebut ALLAHUAKHBAR..moga Allah mengampunkan dosa2nya dan biarlah ALLAH yg mengadilinya...

Tanpa Nama berkata...

nabi saw pun melayan dgn baik tawanan perang nya walaupun beragama lain tp bila lihat gadaffi yg memohon supaya bdirinya x d bunuh tak d hiraukan malah bmenyeksanya dan setrus nya membunuh nya satu tindakan ygv Allah swt pun tak redha ini lah dia umat islkam Arab yg penuh dgn dendam kesumat. lihat lah nanti Libya akan jd spt Iraq satu kepuasan utk blok negara2 kafir. bodoh bangsa arab libya ni dgn jarum yg di mainkan oleh AS dan Eropah utk menjatuhkan Gadaffi.

Tanpa Nama berkata...

manusia binatang jugak kalau tak ada iman. binatang memang macam tu