14 November 2011

Monti dicalon bentuk kerajaan baru Itali

17 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ROM: Presiden Itali, Giorgio Napolitano hari ini mencalonkan bekas Pesuruhjaya Eropah, Mario Monti (gambar)membentuk kerajaan baru, sehari selepas Silvio Berlusconi meletakkan jawatan selepas berkuasa lebih dua dekad.

“Senator Mario Monti diberi tanggungjawab untuk membentuk kerajaan baru," kata jurucakap presiden kepada pemberita.

Profesor ekonomi berusia 68 tahun dan dekan kepada universiti berprestif, Bocconi University di Milan itu dianggap mempunyai reputasi tinggi sebagai birokrat yang berpusat di Brussels, tetapi belum pernah menjawat sebarang jawatan politik. - AFP

Tiada ulasan: